Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

41 istilah

T

Tenaga solar
Tenaga daripada cahaya matahari yang dimanfaatkan melalui sistem atau peralatan berkaitan. ms 44
TL
Tempat letak; digunakan bersama jenis kenderaan dalam jadual. ms 44
TLK
Tempat Letak Kenderaan ms 44
TLKereta
Tempat Letak Kereta ms 44
TLM
Tempat Letak Motosikal. ms 44
TLB
Tempat Letak Bas. ms 44
TLBa
Tempat Letak Basikal. ms 44
TLL
Tempat Letak Lori. ms 44
Tempat letak ambulans
Petak khusus untuk ambulans, termasuk berhampiran bahagian kecemasan. ms 44
Tempat letak bas
Petak khusus untuk bas. ms 44
Tempat letak basikal
Ruang khusus untuk meletakkan dan mengunci basikal. ms 44
Tempat letak kereta berpusat
Petak parkir yang dikumpulkan di lokasi khusus untuk memenuhi keperluan pembangunan. ms 44
T — Tidak dibenarkan
Kod yang menunjukkan sesuatu kegunaan tidak dibenarkan bagi kategori pembangunan berkenaan. ms 44
Target marker
Penanda sasaran atau jarak di kawasan latihan golf. ms 44
Tee box
Kawasan permulaan pukulan bagi sesuatu lubang golf. ms 44
Timesharing
Pengaturan penggunaan penginapan secara perkongsian masa mengikut tempoh yang dipersetujui. ms 44
TOD
Transit Oriented Development — pembangunan berorientasikan transit yang menghubungkan guna tanah dengan pengangkutan awam. ms 44
Tahan Rempuhan / collision load
Beban yang dikenakan pada struktur akibat perlanggaran kenderaan atau objek lain. ms 44
Tiang langsing / Slim piers
Tiang sokongan dengan bentuk yang lebih ramping untuk mengurangkan dominasi visual struktur. ms 44
Tiang semboyan
Tiang yang menyokong peralatan isyarat bagi operasi sistem rel. ms 44
Tiang sokongan / Pier / Column
Komponen menegak yang menyokong dek atau jejambat dan memindahkan beban kepada asas. ms 44
TNB
Tenaga Nasional Berhad. ms 44
Tren elektrik
Tren yang menggunakan tenaga elektrik untuk pergerakan. ms 44
Tembok laut (seawall)
Struktur di sepanjang pantai untuk melindungi kawasan daratan daripada tindakan ombak dan hakisan. ms 45
Tenaga ombak
Tenaga yang dibawa oleh ombak dan mempengaruhi hakisan serta pergerakan sedimen. ms 45
Terminal minyak dan gas
Kemudahan penerimaan, penyimpanan, pengendalian atau pemindahan minyak dan gas. ms 45
Tinjauan kabel
Kerja pemeriksaan dan pengumpulan data untuk menentukan keadaan laluan, pemasangan atau penyelenggaraan kabel. ms 45
Titik kehadiran rangkaian (Point of Presence)
Lokasi yang menempatkan peralatan bagi sambungan kepada sesuatu rangkaian telekomunikasi. ms 45
Titik pendaratan kabel (cable landing point)
Lokasi kabel dasar laut sampai ke pantai dan beralih ke daratan. ms 45
TLQ
Temporary Labour Quarters --Kemudahan penginapan sementara yang disediakan untuk pekerja ms 45
Treler
Kenderaan tanpa enjin yang ditarik oleh kenderaan bermotor untuk mengangkut barangan atau muatan. ms 45
Terrain in-situ
Keadaan bentuk muka bumi semula jadi di lokasi asal sebelum diubah melalui aktiviti pembangunan atau kerja tanah. ms 45
Topografi
Keadaan rupa bumi sesuatu kawasan yang merangkumi bentuk muka bumi, ketinggian dan cerun ms 45
Turfing
Kerja menanam atau memasang rumput pada permukaan tanah untuk menutup tanah terdedah dan mengurangkan hakisan ms 45
TSP
Total Suspended Particulates--Jumlah zarah pepejal dan titisan cecair yang terampai di udara, termasuk habuk dan asap ms 45
TBM
Tunnel Boring Machine ms 45
Terowong Utiliti
Terowong bawah tanah untuk laluan utiliti, kenderaan dan lencongan air banjir. ms 45
Tangga kecemasan / Escape shafts
Laluan menegak yang disediakan dalam terowong untuk membolehkan pengguna keluar ke kawasan selamat semasa kecemasan. ms 45
TMS
Transport Management System ms 45
TNB
Tenaga Nasional Berhad ms 45
tan
Fungsi tangen dalam trigonometri, digunakan dalam formula penentuan jarak bangunan. ms 48