Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

51 istilah

A

A1, A2, A3, B1 dan B2
Kod subzon yang dibahagikan dalam jadual piawaian untuk digunakan bagi membezakan piawaian pembangunan bagi setiap subzon. Sempadan dan takrifan terperinci hendaklah dirujuk berdasarkan pembahagian zon dalam GPPNJ. ms 13
Akta 318
Akta Hakmilik Strata 1985, sebagaimana dirujuk dalam laporan. ms 13
Akta 172
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, sebagaimana dirujuk dalam contoh permohonan pembangunan bercampur. ms 13
Akta 586
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang dirujuk bagi pembangunan hospital swasta. ms 13
Akses
Laluan atau cara untuk memasuki, meninggalkan atau menghubungkan sesuatu tapak dan bangunan. ms 13
Alat pemadam kebakaran
Peralatan untuk memadam kebakaran pada peringkat awal. ms 13
Ameniti
Kemudahan yang menyokong keselesaan dan keperluan pengguna sesuatu pembangunan. ms 13
Anchor tenant
Penyewa utama berskala besar yang menjadi tarikan pengunjung kepada sesebuah kompleks perniagaan. ms 13
Akses jentera bomba
Laluan atau ruang yang membolehkan jentera bomba memasuki kawasan pembangunan dan menjalankan operasi. ms 13
Akuan berkanun
Pernyataan bertulis yang diikrarkan dan disahkan melalui tatacara yang ditetapkan. ms 13
Anjakan bangunan
Jarak antara bangunan dengan sempadan lot, rizab jalan atau garisan rujukan yang ditetapkan. ms 13
Anjakan antara bangunan
Jarak pemisahan yang ditetapkan antara dua bangunan. ms 13
Anjakan pembangunan
Jarak minimum pembangunan daripada garisan rujukan pantai atau kawasan yang perlu dilindungi. ms 13
Anjakan bawah tanah / Basement setback
Jarak struktur bawah tanah daripada sempadan yang ditetapkan. ms 13
Anjakan belakang
Jarak antara bahagian belakang bangunan dengan sempadan belakang lot. ms 13
Anjakan hadapan
Jarak antara bahagian hadapan bangunan dengan sempadan hadapan lot atau garisan rujukan berkaitan. ms 13
Anjakan sisi
Jarak antara bahagian sisi bangunan dengan sempadan sisi lot. ms 13
Anjakan tepi rizab jalan
Jarak antara bahagian tepi bangunan dengan sempadan rizab jalan di sebelahnya. ms 13
Anjakan bawah tanah
Jarak struktur bawah tanah daripada sempadan yang ditetapkan. ms 13
Anjakan sisi / tepi
Jarak bahagian sisi bangunan daripada sempadan sisi lot. ms 13
Anjakan tambakan
Jarak pemisahan bagi cadangan penambakan daripada garisan rujukan yang ditetapkan. ms 13
Anjakan antara podium
Jarak pemisahan antara struktur podium bagi bangunan bersebelahan. ms 13
Air larian
Air yang mengalir di atas permukaan jalan, dek atau landasan sebelum memasuki sistem saliran. ms 13
Akustik
Aspek berkaitan bunyi, termasuk penghasilan, perambatan dan kawalannya. ms 14
Aliran trafik
Pergerakan kenderaan melalui sesuatu jalan atau laluan. ms 14
Aliran udara semula jadi
Pergerakan udara melalui bukaan dan susun atur ruang tanpa bergantung sepenuhnya pada sistem mekanikal. ms 14
Anjuran bawah tanah
Unjuran kawasan ke dalam tanah daripada titik atau sempadan rujukan, seperti penapak struktur. ms 14
Anti-gelincir / Anti-slip
Sifat bahan permukaan yang membantu mengurangkan risiko pengguna tergelincir. ms 14
Aras tanah / Vertical Clearance
Aras permukaan tanah yang digunakan sebagai rujukan pengukuran ketinggian atau kelegaan yang menentukan ketinggian maksimum ruang laluan yang tersedia untuk kenderaan melaluinya. ms 14
Alas Trek Dwi-blok
Komponen landasan kereta api yang terdiri daripada dua blok konkrit yang disambungkan oleh palang keluli untuk menyokong rel dan mengekalkan jarak antara rel. ms 14
Anti-corrosive coating
Lapisan pelindung pada permukaan bahan untuk menghalang atau mengurangkan kakisan ms 14
Agensi teknikal
Jabatan atau badan yang memberikan ulasan, nasihat dan perakuan teknikal terhadap cadangan pembangunan. ms 14
Arked
Ruang atau kompleks perniagaan berbumbung yang menempatkan deretan premis atau gerai. ms 14
Asrama pelajar
Bangunan penginapan yang disediakan untuk pelajar. ms 14
Asrama pekerja
Bangunan penginapan yang disediakan untuk pekerja. ms 14
ATJ
Arahan Teknik (Jalan); laporan merujuk ATJ 3/2021 bagi pembangunan tepi jalan. ms 14
ATM
Automated Teller Machine — mesin juruwang automatik untuk urusan perbankan. ms 14
Awning
Struktur teduhan tambahan seperti sengkuap atau kanopi untuk melindungi ruang daripada panas dan hujan. ms 14
APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. ms 14
Arus laut
Pergerakan air laut yang mempengaruhi pengangkutan sedimen, hakisan dan keadaan perairan. ms 14
Abseiling
Aktiviti menuruni permukaan curam atau menegak menggunakan tali dan peralatan keselamatan khusus ms 14
Average Recurrence Interval
Purata tempoh antara kejadian hujan atau banjir yang menyamai atau melebihi magnitud tertentu, dinyatakan dalam tahun ms 14
Akuifer
Lapisan bawah permukaan bumi yang mampu menyimpan dan membekalkan air bawah tanah. ms 14
APM
Angkatan Pertahanan Awam ms 14
AKAS
Akta Kualiti Alam Sekeliling ms 14
Amalan Cut And Fill
Kaedah kerja tanah dengan memotong kawasan tinggi dan menambak kawasan rendah untuk membentuk aras tanah yang dikehendaki. ms 14
Aeroponik
Kaedah penanaman tanpa tanah yang membekalkan nutrien kepada akar tumbuhan melalui semburan kabus larutan nutrien. ms 14
AI
Artificial Inteligence ms 14
Arca
Hasil seni berbentuk tiga dimensi yang dijadikan elemen hiasan atau mercu tanda bagi meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan. ms 14
Air Insulated Swichgear
Peralatan suis elektrik yang menggunakan udara sebagai medium penebat untuk mengawal, melindungi dan mengasingkan litar elektrik. ms 15
AC
Arus elektrik yang berubah arah secara berkala dan digunakan dalam sistem pengecasan kenderaan elektrik (EV). ms 15