Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

23 istilah

I

ICT
Information and Communication Technology — Teknologi Maklumat dan Komunikasi. ms 23
Indoor garden
Taman atau ruang landskap di dalam bangunan. ms 23
Infill
Pembangunan yang mengisi tapak kosong atau ruang antara pembangunan sedia ada. ms 23
Institusi kewangan
Premis yang menyediakan perkhidmatan kewangan seperti perbankan. ms 23
Independent Checker
Pihak profesional bebas yang menyemak reka bentuk kejuruteraan bagi memastikan keselamatan, ketepatan dan pematuhan terhadap piawaian serta spesifikasi projek. ms 23
ISMP
Integrated Shoreline Management Plan --Pelan pengurusan pembangunan dan perlindungan pesisir pantai secara mampan ms 23
Institusi pendidikan swasta (rendah/menengah)
Institusi kendalian swasta yang menyediakan pendidikan peringkat rendah atau menengah. ms 23
Institusi pengajian tinggi swasta
Institusi kendalian swasta yang menyediakan pendidikan selepas peringkat menengah seperti sijil, diploma dan ijazah. ms 23
Ishaan
Istilah yang digunakan dalam laporan bagi tempat memandikan mayat penganut Sikh; ejaan dan istilah khusus perlu disahkan. ms 23
Identifikasi halangan
Proses mengenal pasti halangan dan kekangan yang mempengaruhi perancangan serta reka bentuk pembangunan. ms 23
Ikon bandar / Urban landmark
Struktur yang mudah dikenal pasti dan menjadi penanda identiti sesuatu kawasan bandar. ms 23
Impak visual
Kesan rupa bentuk, saiz dan kedudukan pembangunan terhadap pandangan serta imej persekitaran. ms 24
Integrasi fizikal
Penyambungan struktur dan laluan supaya komponen pembangunan dapat digunakan secara berterusan. ms 24
Integrasi guna tanah
Penyelarasan penggunaan tanah supaya pembangunan dan infrastruktur dapat berfungsi bersama serta mengurangkan konflik. ms 24
Integrasi stesen bertingkat
Penyelarasan stesen pada aras tinggi dengan jejantas, bangunan dan pengangkutan pengantara di aras tanah. ms 24
IBC
In-Building Coverage -- Sistem yang menyediakan dan meningkatkan liputan isyarat komunikasi mudah alih di dalam bangunan atau terowong. ms 24
ICPC
International Cable Protection Committee, iaitu organisasi antarabangsa berkaitan perlindungan kabel dasar laut. ms 24
Impak alam sekitar
Kesan sesuatu aktiviti atau pembangunan terhadap persekitaran fizikal, biologi dan manusia. ms 24
Industri khas
Industri yang memerlukan lokasi atau kemudahan tertentu, termasuk akses kepada laut dan pelabuhan. ms 24
Industri petrokimia
Industri yang menghasilkan atau memproses bahan kimia berasaskan petroleum dan gas asli. ms 24
Infrastruktur kabel dasar laut
Sistem kabel, laluan, kemudahan pendaratan dan sambungan daratan untuk penghantaran telekomunikasi atau elektrik melalui laut. ms 24
Infrastruktur kritikal
Kemudahan penting yang gangguannya boleh menjejaskan perkhidmatan utama atau kegiatan masyarakat dan ekonomi. ms 24
Intensiti pembangunan
Tahap pembangunan sesuatu tapak yang dinyatakan melalui ukuran seperti kepadatan, nisbah plot, liputan bangunan dan ketinggian. ms 24