Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

22 istilah

D

Diameter
Ukuran merentasi bulatan melalui titik pusatnya. ms 18
Dinding bersama
Dinding yang dikongsi oleh dua unit kediaman bersebelahan. ms 18
Dataran / plaza
Ruang terbuka untuk pergerakan, pertemuan dan aktiviti awam. ms 18
Departmental store
Gedung membeli-belah yang membahagikan jualan barangan kepada beberapa bahagian di bawah satu pengurusan. ms 18
Dewan swasta
Bangunan atau ruang milik swasta untuk majlis, mesyuarat, pameran dan aktiviti berkumpulan. ms 18
Double frontage
Konsep bangunan yang mempunyai dua muka hadapan aktif, dengan akses dan reka bentuk yang sesuai pada kedua-dua sisi. ms 18
Drive-through / Drive-thru
Perkhidmatan pandu lalu yang membolehkan pelanggan membuat pesanan atau mengambil barangan dari dalam kenderaan. ms 18
Driveway
Laluan kenderaan dalam tapak atau kawasan parkir untuk akses dan pergerakan. ms 18
Driving bay
Petak atau ruang khusus untuk pemain membuat pukulan latihan golf. ms 18
Driving range / Range
Kawasan lapang sasar untuk latihan pukulan golf. ms 18
Drop-off
Ruang atau aktiviti menurunkan penumpang. ms 18
Dwifungsi
Mempunyai dua fungsi; dalam konteks SOHO, fungsi pejabat dan kediaman. ms 18
Dek / Deck
Bahagian struktur mendatar yang menyokong permukaan laluan kenderaan, pejalan kaki atau landasan. ms 18
Dinding sisi lutsinar
Penghadang sisi yang membolehkan pandangan merentasinya untuk meningkatkan pengawasan dan keselamatan. ms 18
District Cooling
Sistem penyejukan berpusat yang menyalurkan air sejuk melalui rangkaian paip ke beberapa bangunan untuk tujuan penyaman udara. ms 18
dBA
Unit pengukuran aras bunyi yang mengambil kira kepekaan pendengaran manusia terhadap frekuensi bunyi. ms 18
Dot Type Block
Blok permukaan bertitik timbul yang berfungsi sebagai penanda amaran atau bahaya kepada pengguna jalan kaki, khususnya individu cacat penglihatan ms 18
DC
Arus elektrik yang mengalir dalam satu arah dan digunakan dalam sistem pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV). ms 18
Dry Riser
Sistem paip menegak yang tidak berisi air secara tetap dan disambungkan kepada bekalan air oleh anggota bomba semasa operasi pemadaman kebakaran. ms 18
Ductile Iron.
Sejenis besi tuang yang mempunyai kekuatan dan kemuluran tinggi, digunakan untuk paip, injap serta komponen infrastruktur bekalan air dan saliran. ms 18
Dedicated Utilities Road Crossing / DURC
Laluan lintasan jalan yang dikhaskan untuk pemasangan utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi. ms 18
Diameter
Ukuran merentasi bulatan melalui titik pusat; digunakan bagi saiz tiang. ms 48