Peta zon perancangan
Klik mana-mana lokasi di Johor untuk mengetahui PBT dan zon (A1–B2) yang terpakai. Zon menentukan piawaian Bahagian B yang dipaparkan.
Zon A1 (CBD / IIBD) belum dipetakan kerana sempadan IIBD belum dibekalkan. Buat sementara waktu, MBJB dipaparkan sebagai A2.
16 PBT dan zon
Pemetaan mengikut Rajah BA-6 (A-12). Dokumen merangkumi 3 Majlis Bandaraya, 7 Majlis Perbandaran dan 6 Majlis Daerah: 6 PBT dalam kawasan JS-SEZ (MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP) dan 10 PBT di luarnya. MPPN merentasi dua zon: bahagian dalam JS-SEZ ialah A3 dan bahagian luar ialah B1.
| Kod | Pihak Berkuasa Tempatan | Daerah | Zon | JS-SEZ | |
|---|---|---|---|---|---|
| MBIP | Majlis Bandaraya Iskandar Puteri | Johor Bahru | A2 | Ya | Guna |
| MBJB | Majlis Bandaraya Johor Bahru | Johor Bahru | A2 | Ya | Guna |
| MBPG | Majlis Bandaraya Pasir Gudang | Johor Bahru | A2 | Ya | Guna |
| MDKT | Majlis Daerah Kota Tinggi | Kota Tinggi | B2 | Tidak | Guna |
| MDL | Majlis Daerah Labis | Segamat | B2 | Tidak | Guna |
| MDM | Majlis Daerah Mersing | Mersing | B2 | Tidak | Guna |
| MDSR | Majlis Daerah Simpang Renggam | Kluang | B2 | Tidak | Guna |
| MDT | Majlis Daerah Tangkak | Tangkak | B2 | Tidak | Guna |
| MDYP | Majlis Daerah Yong Peng | Batu Pahat | B2 | Tidak | Guna |
| MPBP | Majlis Perbandaran Batu Pahat | Batu Pahat | B1 | Tidak | Guna |
| MPK | Majlis Perbandaran Kluang | Kluang | B1 | Tidak | Guna |
| MPKU | Majlis Perbandaran Kulai | Kulai | A3 | Ya | Guna |
| MPM | Majlis Perbandaran Muar | Muar | B1 | Tidak | Guna |
| MPP | Majlis Perbandaran Pengerang | Kota Tinggi | A3 | Ya | Guna |
| MPPN | Majlis Perbandaran Pontian | Pontian | A3 B1 | Separa | Guna |
| MPS | Majlis Perbandaran Segamat | Segamat | B1 | Tidak | Guna |
Lapan kriteria penentuan kawasan / zon spatial Rajah BA-1 · A-1
Lapan kriteria utama menjadi asas penilaian pemilihan kawasan pembangunan secara strategik, bersepadu dan mampan.
Kawasan Pertumbuhan
- Konurbasi (Kawasan Teras dan Kawasan Sokongan)
- Zon Pembangunan Ekonomi (ZPE)
- Zon Promosi Pembangunan (ZPP)
- Pusat Katalis
Hierarki Perbandaran Utama
- Tier 1: Bandar Metropolitan
- Tier 2: Bandar Besar
- Tier 3: Bandar
Zon Transit Oriented Development (TOD)
- TOD Tahap 1 (Intensiti Tinggi)
- TOD Tahap 2 (Intensiti Sederhana)
- TOD Tahap 3 (Intensiti Rendah)
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
- KSAS Tahap 1 (Sensitif Tinggi)
- KSAS Tahap 2 (Sensitif Sederhana)
- KSAS Tahap 3 (Sensitif Rendah)
- Luar KSAS
Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ)
- JS-SEZ – Zon Antarabangsa
- JS-SEZ – Zon Kawasan Bandaraya
- JS-SEZ – Zon Kawasan Perbandaran
Kawasan Peranginan / Destinasi Pelancongan
- Bertaraf Antarabangsa
- Bertaraf Nasional / Wilayah
- Bertaraf Negeri
Kawasan Brownfield dan Greyfield
- Bekas lombong / kuari
- Kawasan kilang / perniagaan / perumahan / institusi yang telah ditinggalkan
- Projek-projek pembangunan terbengkalai
Kawasan Pertanian, Penternakan dan Akuakultur
- Tanaman Agromakanan
- Tanaman Agrikomoditi
- Penternakan Ruminan
- Akuakultur dan Perikanan
Kandungan asal Bahagian A
Halaman A-1 hingga A-13 daripada Draf GPPNJ 2026: kriteria penentuan zon, lapisan dasar dan Rajah BA-1 hingga BA-7.