Zon Keselamatan
Zon khas bagi memastikan pembangunan di kawasan sensitif dilaksanakan secara terkawal dan melindungi infrastruktur kritikal. Rujuk Majlis Keselamatan Negeri (CGSO) sebelum memohon Kebenaran Merancang kepada PBT.
4.1 Kategori
Sasaran Penting (SP)
Pepasangan yang hasil atau perkhidmatannya sangat penting; kemusnahannya merugikan ekonomi, pertahanan atau keselamatan negara. Keutamaan I: tiada pilihan lain. Keutamaan II: sukar diganti.
Kawasan Larangan (KL)
Diisytiharkan di bawah seksyen 4, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, dengan sistem kawalan khas terhadap pergerakan dan kelakuan orang.
Tempat Larangan (TL)
Diisytiharkan di bawah seksyen 5 akta yang sama, dengan pengawalan dan pengawasan khas bagi menghalang kemasukan orang yang tidak dibenarkan.
Sasaran Terdedah
Mana-mana bahagian atau perkara berkaitan SP yang jika rosak akan menjejaskan fungsi SP. Kadangkala terletak di luar kawasan SP.
Sumber: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
4.2 Syarat pembinaan berhampiran
Sumber: Arahan Keselamatan Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting Bil. 1 Tahun 2008. Jarak penampan bagi setiap sektor tidak dinyatakan dalam dokumen; ia ditentukan oleh CGSO.
4.3 Sektor yang terlibat dalam KL / TL
| Bil. | Sektor | Instalasi | Tafsiran |
|---|---|---|---|
| 1 | Sektor Pengangkutan |
| Hub atau stesen pengangkutan merujuk kepada kawasan tumpuan pergerakan seperti lapangan terbang, jeti, pelabuhan, pintu masuk darat/ laut/ udara serta laluan pengangkutan rel seperti KTM, MRT, ETS, ERL dan Monorail. |
| 2 | Sektor Tenaga Elektrik |
| Tenaga yang dihasilkan oleh elektrik (DBP edisi keempat). |
| 3 | Sektor Penyiaran |
| Media penyiaran bertindak sebagai alat apabila media digunakan untuk menyebarkan maklumat. |
| 4 | Sektor Minyak |
| Binaan serta peralatan yang dijadikan sebagai pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di darat (DBP edisi keempat). |
| 5 | Sektor Telekomunikasi |
| Apa-apa perkara yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit (DBP edisi keempat). |
| 6 | Sektor Pengairan |
| Mana-mana kawasan daripada mana-mana sumber sesuatu sumber air menerima aliran permukaan yang berasal daripada hujan dan termasuklah mana-mana kawasan tadahan air yang ditentukan. |
| 7 | Sektor Air |
| Fasiliti utiliti yang menjalankan proses rawatan air mentah bagi menghasilkan air terawat yang memenuhi piawaian kualiti sebelum diagihkan kepada pengguna melalui sistem bekalan air. |
| 8 | Sektor Kimia |
| Bahan kimia yang terhasil daripada sumber petroleum dan gas asli (DBP edisi keempat). |
| 9 | Sektor Gas |
| Kemudahan utiliti tenaga yang berfungsi untuk menerima, menyimpan, mengawal tekanan dan mengagihkan bekalan gas kepada pengguna melalui sistem paip atau penghantaran berjadual. |
| 10 | Sektor Persenjataan |
| Perihal melengkapi dengan senjata/ segala alat dan perlengkapan senjata (DBP edisi keempat). |
| 11 | Sektor Radiasi |
| Apa-apa bangunan penyelidikan yang melibatkan sinaran yang tidak dapat dikesan menerusi mata atau percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia. |
| 12 | Sektor Percetakan |
| Segala urusan yang berkaitan dengan hal menghasilkan bahan bercetak (DBP edisi keempat). |
| 13 | Sektor Kewangan |
| Perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang berkaitan dengan wang (DBP edisi keempat). |
| 14 | Pepasangan Keselamatan (KLTL) |
| Kemudahan yang berfungsi untuk tujuan pertahanan, penguatkuasaan undang-undang serta kawalan keselamatan awam seperti kem tentera, balai polis, pusat operasi keselamatan dan institusi penjara. Kawasan ini biasanya mempunyai kawalan akses dan peraturan keselamatan yang ketat. |