Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B5 · Pembangunan Bercampur

PB03 Komersial, Industri dan Perumahan

B5-17 · Dibenarkan di zon A2, A3 sahaja

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Kategori Pembangunan Bercampur
  • Pembangunan bercampur yang melibatkan gabungan aktiviti perumahan, komersial dan industri hanya dibenarkan bagi jenis pembangunan dalam satu plot pembangunan. Pendekatan ini membolehkan integrasi pelbagai guna tanah dalam satu kawasan yang dirancang secara menyeluruh bagi memastikan keserasian fungsi, kecekapan penggunaan tanah serta penyediaan akses dan kemudahan secara bersama.
  • Melibatkan keluasan tapak yang luas dan sesuai bagi pembangunan greenfield.
  • Mempunyai akses terus dari jalan utama dan dikongsi bersama.
  • Agihan ruang lantai adalah bergantung kepada RT/RKK

Nota: * Agihan aktiviti sama ada bersekali dalam satu plot pembangunan (satu main title guna tanah dominan) atau dipecah plot mengikut aktiviti.

Lokasi Peletakan
  • Kawasan Transit Oriented Development (TOD) - kawasan lingkungan perlu ditentukan di dalam RT/RKK
  • Kawasan pusat bandar - kawasan lingkungan perlu ditentukan di dalam RT/RKK
  • Kawasan pembangunan semula bandar (Urban Regeneration)
  • Kawasan khas yang dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Hanya dibenarkan dalam zon A2 dan A3 sahaja.
Laluan dan Akses Keluar Masuk
  • Laluan keluar masuk yang berasingan perlu disediakan bagi kegunaan bangunan yang lain.
  • Laluan keluar masuk tidak boleh menghadap terus ke jalan utama yang mempunyai rizab 20.116m (66’) ke atas.
  • Jalan susur 20.116m (66’) hendaklah disediakan antara jalan utama dengan kawasan pembangunan penggunaan bercampur.
Tempat Letak Kenderaan
  • TLK bagi setiap pembangunan bercampur hendaklah disediakan berasingan berdasarkan keperluan
Zon Penampan
  • Zon Penampan hendaklah dipatuhi mengikut jarak penampan yang disyorkan dan jarak penampan sebenar mengikut pengkelasan industri dalam Garis Panduan Zon Penampan (IN10)
Kawasan hijau dan Jaluran hijau (Perimeter planting)
  • Plot perindustrian (lot industri individu) hendaklah menyediakan kawasan hijau atau perimeter planting selebar minimum 1.524m (5’) yang perlu dimasukkan dalam Pelan Landskap yang diluluskan oleh PBT.
  • Kawasan hijau/ perimeter planting boleh berada di dalam di luar kawasan plinth
  • Kawasan hijau perlu diselenggara oleh pemilik premis.
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pembangunan perlu merujuk Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030
  • Mengutamakan reka bentuk bangunan dengan ciri-ciri Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED), mesra alam, mampan dan pasif (passive design) termasuk orientasi (contoh: angin dan matahari)
  • Peletakan pili bomba hendaklah memenuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Nota: * SPAH hendaklah merujuk sepertimana Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan), 2012

Kadar Percukaian
  • Melalui penetapan jenis kegunaan petak sebagai syarat nyata kepada dokumen hakmilik strata, dengan penguatkuasaan Seksyen 4C Akta Hakmilik Strata 1985, pengenaan kadar percukaian yang berlainan mengikut jenis kegunaan petak dalam suatu bangunan boleh dilaksanakan.
  • Untuk pembangunan bercampur dalam satu plot pembangunan, kadar cukai tanah hendaklah ditentukan berdasarkan kategori guna tanah dengan kadar cukai tertinggi, tanpa mengira kepelbagaian komponen pembangunan dalam satu plot.
Zon Guna tanah yang dibenarkan
  • Berdasarkan peruntukan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450], status tanah masih dikategorikan sebagai komersial dan akan berbeza mengikut petak strata yang akan didaftarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dengan merujuk aktiviti yang diluluskan di peringkat PBT.
Lain-lain Keperluan
  • Penempatan aktiviti industri hendaklah merujuk kepada Environmental Essential for Siting of Industries in Malaysia (EESIM).
  • Aktiviti yang tersenarai di bawah kategori yang ditetapkan hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
  • Pembangunan estet perindustrian melebihi 49 ekar (20 hektar) perlu mengemukakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Nota
  • Piawaian pembangunan perlu dirujuk bersama garis panduan pembangunan berkaitan
Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Komersial)
  • Pembangunan bercampur dibenarkan dengan aktiviti tertentu iaitu dibenarkan (B), tidak dibenarkan (T), dan dibenarkan dengan syarat (S)

Nota: * Merujuk kepada aspek pembangunan dalam GPP setiap jenis aktiviti berkaitan

Nota: * Kebenaran bersyarat ke atas aktiviti adalah mengambil kira implikasi aktiviti yang dicadangkan dengan pembangunan bercampur tersebut.

Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Komersial)
Kedai, rumah kedai dan kedai pejabat
Satu Plot Pembangunan
  • B
Kompleks perniagaan
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pasar raya/ pasar raya besar
Satu Plot Pembangunan
  • S
Hotel dan kemudahan penginapan
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pangsapuri perkhidmatan
Satu Plot Pembangunan
  • T
Restoran
Satu Plot Pembangunan
  • B
Arked/ bazar
Satu Plot Pembangunan
  • S
Gerai statik/ medan selera
Satu Plot Pembangunan
  • S
Institusi kewangan
Satu Plot Pembangunan
  • B
Pusat pameran/ showroom
Satu Plot Pembangunan
  • B
Pusat konvensyen
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pejabat pos/ perkhidmatan kurier
Satu Plot Pembangunan
  • B
Pendidikan/ kesihatan/ kemudahan swasta
Satu Plot Pembangunan
  • S
Tempat letak kenderaan swasta
Satu Plot Pembangunan
  • B
Asrama pelajar
Satu Plot Pembangunan
  • T
Penginapan pekerja
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pusat data
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pusat hiburan
Satu Plot Pembangunan
  • T
Tapak bazar
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pasar basah/ pasar kering
Satu Plot Pembangunan
  • S
Pasar borong
Satu Plot Pembangunan
  • S
Stesen minyak
Satu Plot Pembangunan
  • S
Perkuburan swasta/ memorial park
Satu Plot Pembangunan
  • T
Sekolah memandu
Satu Plot Pembangunan
  • S
Kilang tanaman (plant factory)
Satu Plot Pembangunan
  • S
Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Industri)
  • Pembangunan bercampur dibenarkan dengan aktiviti tertentu iaitu dibenarkan (B), tidak dibenarkan (T), dan dibenarkan dengan syarat (S)

Nota: * Merujuk kepada aspek pembangunan dalam GPP setiap jenis aktiviti berkaitan

Nota: * Kebenaran bersyarat ke atas aktiviti adalah mengambil kira implikasi aktiviti yang dicadangkan dengan pembangunan bercampur tersebut.

Nota: * Industri yang dibenarkan hendaklah mengikut pengkelasan industri yang berpotensi pencemaran rendah

Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Industri)
Industri Elektronik dan Komponen Elektrik
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Percetakan dan Pembungkusan
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Makanan dan Minuman (Pemprosesan Ringan)
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Pakaian/ Tekstil
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Plastik Ringan
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Peralatan Elektrik
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Teknologi/ ICT
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Pemasangan Produk
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Perkhidmatan Teknologi
Satu Plot Pembangunan
  • B
Industri Logistik Skala Kecil
Satu Plot Pembangunan
  • B
Gudang dan Penyimpanan
Satu Plot Pembangunan
  • S
Industri Kimia
Satu Plot Pembangunan
  • T
Industri Besi dan Keluli
Satu Plot Pembangunan
  • T
Industri Petrokimia
Satu Plot Pembangunan
  • T
Industri Berat/ Pencemaran Tinggi
Satu Plot Pembangunan
  • T
Jenis-jenis Bangunan / Struktur Yang Dibenarkan dalam Plot Pembangunan
  • Industri Teres
  • Industri Berkembar
  • Industri Sesebuah
  • Industri Kluster
  • Industri Bertingkat (Berstrata)
  • Industri Bertanah (Strata)
Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Perumahan)
  • Pembangunan bercampur dibenarkan dengan aktiviti tertentu iaitu dibenarkan (B), tidak dibenarkan (T), dan dibenarkan dengan syarat (S)

Nota: * Merujuk kepada aspek pembangunan dalam GPP setiap jenis aktiviti berkaitan

Nota: * Kebenaran bersyarat ke atas aktiviti adalah mengambil kira implikasi aktiviti yang dicadangkan dengan pembangunan bercampur tersebut.

Penggunaan dan Aktiviti yang Dibenarkan (Perumahan)
Rumah Sesebuah
Satu Plot Pembangunan
  • T
Zero Lot Boundary Rumah Sesebuah
Satu Plot Pembangunan
  • T
Zero Lot Boundary Rumah Teres (Strata)
Satu Plot Pembangunan
  • T
Rumah Berkembar
Satu Plot Pembangunan
  • T
Rumah Kluster
Satu Plot Pembangunan
  • T
Rumah Kluster Berkembar (Strata)
Satu Plot Pembangunan
  • T
Rumah Teres
Satu Plot Pembangunan
  • B
Rumah Bandar
Satu Plot Pembangunan
  • B
Rumah Bandar Kluster
Satu Plot Pembangunan
  • B
Pangsapuri
Satu Plot Pembangunan
  • B
Kondominium
Satu Plot Pembangunan
  • T
Perumahan Strata Bertanah
Satu Plot Pembangunan
  • B
Skim Komuniti Berpagar & Berpengawal/ Gated & Guarded Neighbourhood
Satu Plot Pembangunan
  • S