Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B6 · Pembangunan Spatium (Ruang Udara)

SP01 Jalan Raya Bertingkat

B6-5

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Rizab Jalan (Pembangunan di rizab jalan sedia ada)
  • Struktur (deck) mesti berada di dalam rizab jalan sedia ada dengan zon penyelenggaraan minimum 3.0m-5.0m dari sempadan lot bersebelahan
Identifikasi Halangan
  • Mengenal pasti halangan fizikal (bangunan/jambatan) dan halangan halimun iaitu koridor gelombang telekomunikasi dan privasi penduduk
Ruang Tanah (Footprint)
  • Penempatan tiang (Pier/Pilling) diselaraskan dengan median atau bahu jalan
  • Wajib untuk melakukan pemetaan utiliti bawah tanah untuk mengelakkan konflik struktur asas
Had/ Aras Tanah (Vertical Clearance)
  • Kelegaan ketinggian minimum 5.0m : minimum mutlak sekiranya terdapat kekangan tapak (kes khas)
  • Kelegaan disyorkan 5.4m - 5.5m mengikut standard JKR
  • Kelegaan ketinggian 6.0m sekiranya melibatkan laluan kenderaan berat yang tinggi
  • Had/aras tanah ini perlu mengambil kira dan juga tertakluk kepada had ketinggian daripada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM)
Perincian Geometrik
  • Bagi jalan raya bertingkat yang panjang, penyediaan lorong kecemasan atau breakdown bay adalah kritikal untuk mengelakkan kesesakan total sekiranya berlaku kerosakan kenderaan di atas jambatan
  • Reka bentuk mestilah memastikan stopping sight distance (SSD) yang mencukupi, terutamanya pada bahagian ramp yang melengkung, supaya pemandu mempunyai masa mencukupi untuk bertindak balas terhadap halangan
  • Spesifikasi jenis sambungan yang rendah bunyi (low-noise expansion joints) perlu ditetapkan bagi mengelakkan gangguan bunyi "dentuman" setiap kali kenderaan melaluinya, terutama di kawasan perumahan
Ramp dan Kecerunan
  • Kecerunan maksimum antara 4% hingga 6% bagi memastikan keselamatan kenderaan berat serta reka bentuk lengkung menegak yang efisien
Aspek Keselamatan Trafik
  • Pemasangan penghalang konkrit jenis high-containment barrier untuk menghalang kenderaan terjatuh. Sistem pencahayaan LED jalan dan papan tanda amaran ketinggian elektronik adalah mandatori
Visual & Estetika (View)
  • Penggunaan tiang yang langsing (slim piers), landskap vertikal, dan pencahayaan artistik untuk mengurangkan impak pencemaran visual.
  • Menerapkan reka bentuk tiang yang langsing (slim piers) dan landskap vertikal (pokok menjalar) untuk mengurangkan impak visual konkrit. Ruang bawah jambatan mestilah terang dan bersih
Pengurusan Risiko & Amaran
  • Reka bentuk tiang tahan rempuhan (collision load) dan pemasangan sensor amaran ketinggian elektronik untuk kenderaan berat.
Kawalan Akustik & Getaran
  • Keperluan pelan mitigasi bunyi (pemasangan noise barriers) dan sistem pelapik getaran bagi kawasan sensitif perumahan.
Guna Tanah Ruang Terbiar
  • Transformasi ruang bawah (under-croft) menjadi taman poket atau kiosk niaga dengan syarat 30% pencahayaan matahari sampai ke bumi.
Saliran & Utiliti Terintegrasi
  • Sistem paip saliran dan kabel telekomunikasi mesti disepadukan di dalam struktur tiang bagi mengelakkan limpahan air ke jalan bawah.