Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B11 · Pertanian, Penternakan & Akuakultur

PA04 Penternakan Unggas

B11-13

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Zon Guna Tanah
  • Aktiviti penternakan dan penetasan dibenarkan di Zon Pertanian
  • Aktiviti pemprosesan seperti tempat sembelihan hanya dibenarkan di Zon Perindustrian
Lokasi Perletakan
  • PLoekrainsdi usttraiapnak penternakan di kawasan tanah yang rata bagi meminimumkan kerja tanah
  • Tidak berada dalam kawasan berisiko bencana alam dan kawasan larangan agensi yang berkaitan
  • Lokasi perlulah sesuai dengan jarak seperti:
  • Jarak tapak penternakan dari dari kawasan badan air minimum 1,000m (3,280’)
  • Jarak tapak penternakan dari kawasan penempatan utama minimum 200m (656’)
Sistem Pemeliharaan
  • Penternakan secara intensif sahaja.
  • Ladang unggas sistem terbuka tidak dibenarkan dibuka, hanya ladang unggas sistem tertutup sahaja dibenarkan.
  • Bagi penternakan unggas sedia ada dengan sistem ladang terbuka, perlu naik taraf kepada sistem reban tertutup dan dibenarkan beroperasi sehingga hujung 2030 selaras dengan Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam (LANTERA) oleh PLANMalaysia
Skala Pemeliharaan
  • Skala kecil (kapasiti <50,000)
  • Kawasan produktif: 68%
  • Kawasan bukan produktif: 32%
  • Skala sederhana (kapasiti 50,001-500,000)
  • Kawasan produktif : 62%
  • Kawasan bukan produktif: 38%
  • Skala besar (kapasiti >500,001 ekor)
  • Kawasan produktif: 51%
  • Kawasan bukan produktif: 49%
Reka Bentuk Reban Ciri-Ciri dan Reka Bentuk Reban
  • Reka bentuk reban tertutup dengan ciri-ciri:
  • Kedap udara
  • Ekonomik
  • Mudah diselenggara
  • Kawalan suhu optimum
  • Pengawalan haiwan pemangsa secara berkesan
  • Reka bentuk bangunan hijau
  • Disyorkan 3 (tiga) kaedah pembinaan bangunan reban:
  • Sistem tertutup kaedah penyejuk sejat udara
  • Sistem tertutup kaedah tanpa penyejuk sejat udara
  • Sistem tertutup kaedah penyejuk sejat udara dan kipas semburan air
Kedudukan Bangunan Reban
  • Orientasi memanjang dari timur-barat bagi mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari
Anjakan Bangunan
  • Antara reban: Minimum 6m (20’)
  • Antara reban dengan bangunan stor/utiliti: Minimum 6m (20’)
  • Antara reban dengan bangunan pejabat/rumah pekerja/rumah sembelihan: Minimum 12m (40’)
  • Antara reban/lain-lain bangunan dengan sempadan lot: Tertakluk kepada pertimbangan PBT
Keluasan dan Ketinggian Reban
Ayam Pedaging dan Penelur
  • Keluasan:
  • Pedaging: 0.8kp-1.2kp/ekor
  • Penelur: 0.5kp-0.58kp/ekor
  • Ketinggian: tidak melebihi 3 tingkat/ 9m (30’)
  • Saiz reban: minimum 6m x 7m (20’ x 25’) sehingga melebihi 12m x 121m (40’ x 400’)
  • Panjang reban bergantung kesesuaian jumlah ayam yang dipelihara
Itik Pedaging dan Penelur
  • Keluasan:
  • Pedaging: 2-3kp/ekor
  • Penelur: 3-4kp/ekor
  • Ketinggian: tidak melebihi 3 tingkat/ 9m (30’)
  • Saiz reban: minimum 5m x 12m (18’ x 40’)
  • Panjang reban bergantung kesesuaian jumlah itik yang dipelihara
Struktur Bangunan Lain-Lain
  • Bagi bangunan yang bersifat kekal selain reban seperti rumah sembelihan, rumah pekerja, tempat pemprosesan dan pembungkusan, bangunan pejabat, stor dan utiliti, perlu memohon Kebenaran Merancang dan perlu selaras dengan UKBS.
  • Bagi rumah sembelihan, aspek perlu dipatuhi seperti:
  • Saiz premis: i. Skala Kecil: kurang dari 500 ekor - <20’x50’ ii. Skala Sederhana: dari 501-5,000 ekor - <20’x70’ iii. Skala Besar: lebih dari 5,001 ekor - >20’x70’
  • Struktur dan rekabentuk bangunan seperti tempat pemprosesan dan jualan, pemasangan jentera dan mesin, sistem pengolahan efluen, sistem saliran dan bilik sejuk beku
Zon Penampan
Antara Kawasan Penempatan Utama
  • Minimum 200m (656’) dari garisan reban terhampir ke sempadan lot kawasan penempatan utama seperti kawasan perumahan (minimum 10 buah rumah), institusi, pendidikan, pelancongan, keagamaan, dan kesihatan
Antara Kawasan Badan Air
  • Minimum 1,000m (3,280’) dari garisan sempadan lot ladang penternakan unggas ke punca penerima badan air (sungai, parit, tasik, empangan)
Antara Ladang Sekitar
  • Tertakluk kepada pertimbangan PBT
Srikulasi dan Tempat Letak Kenderaan (TLK)
Sistem Sirkulasi
  • Minimum 12m (40’) bagi jalan laluan masuk
  • Menggunakan batu gravel/bertar
  • Akses keluar dan masuk juga tidak digalakkan mempunyai pintu masuk yang banyak bagi memastikan tahap kawalan biosekuriti yang tinggi dapat disediakan.
TLK
  • Tertakluk keperluan PBT/agensi teknikal
Kemudahan Infrastruktur
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti:
  • Bekalan air
  • Bekalan elektrik
  • Sistem saliran, pembentungan dan sanitasi
  • Sistem pengolahan sisa/efluen/zero discharge system
  • Sistem biosekuriti
  • Pagar perimeter
  • Stor makanan
Lain-lain Kawalan
  • Pematuhan keperluan agensi teknikal:
  • Pengusaha wajib mendapatkan lesen perladangan daripada JPV dan menghantar permohonan Kebenaran Merancang ke PBT
  • Pengusaha perlu mengikuti kursus Amalan Penternakan yang Baik (GAHP) dan mematuhi garis panduan/syarat yang ditetapkan oleh JPV dan agensi teknikal berkaitan
  • Pengurusan efluen adalah secara Zero Discharge sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak Badan Kawal Selia Air (BAKAJ)
  • Takungan tadahan efluen hendaklah dibina daripada jenis konkrit bertetulang dan struktur penghalang bagi menghalang berlaku limpahan dan takungan pecah
  • Dua (2) alat pengukur kualiti air hendaklah dipasang di sungai/badan air dalam jarak 1km dari kawasan akuakultur dan diletakkan pada jarak 50m ke hulu dan hilir sungai dari lokasi pembangunan
  • Pihak pengurusan perlu menyediakan sistem pengurusan efluen pencucian reban ayam ketika musim hujan bagi kolam takungan ketika musim hujan yang berpanjangan