| Zon Guna Tanah |
- Zon Pertanian, Zon Badan Air (bekas lombong) dan Zon Akuakultur
|
| Sistem Pemeliharaan |
- Pembangunan akuakultur berteknologi tinggi/konvensional
- Sistem pemeliharaan terbuka seperti kolam, sangkar (terapung/tetap), tangki dan kepungan
- Sistem pemeliharaan tertutup seperti bioflok atau RAS (recirculating aquaculture systems)
|
| Jenis Pemeliharaan Akuakultur |
- Pemeliharaan ikan air tawar (ikan hiasan)
- Pemeliharaan ikan air payau (muara sungai)
- Pemeliharaan udang (udang laut, udang air tawar)
|
| Kriteria Lokasi Perletakan dan Topografi |
- Berada di kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan banjir
- Tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan air (catchment area), hutan simpan dan empangan
- Dibenarkan dalam kawasan bekas lombong dengan kawalan dan penguatkuasaan rapi
- Perlu mendapatkan lesen/permit premis dari Jabatan Perikanan sebelum memulakan aktiviti akuakultur
|
| Reka Bentuk Sangkar Akuakultur |
| Anjakan Akuakultur Berteknologi Tinggi |
- Antara bangunan dengan jalan: Minimum 9m (30’)
- Antara bangunan dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
- Antara bangunan dalam kawasan yang sama: Minimum 6m (20’)
|
| Anjakan Akuakultur Konvensional |
- Antara bangunan dengan jalan: Minimum 9m (30’)
- Antara bangunan dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
- Antara kolam dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
- Antara bangunan dengan kolam: Minimum 3m (10’)
- Antara kolam dengan kolam: Minimum 3m (10’)
|
| Struktur Bangunan Lain-Lain |
- Bagi bangunan yang bersifat kekal selain seperti rumah pekerja, pusat pengumpulan dan pemprosesan, stor dan utiliti, perlu memohon Kebenaran Merancang dan perlu selaras dengan UKBS
|
| Kemudahan Infrastruktur |
- Bekalan air
- Bekalan elektrik
- Sistem pengolahan sisa, rawatan air buangan dan kolam efluen
- Pagar perimeter
|
| Sistem Sirkulasi dan Tempat Letak Kenderaan (TLK) |
| Sistem Sirkulasi |
- Minimum 7m (24’) disediakan dari laluan utama ke kawasan tapak
- Menggunakan batu gravel/bertar
|
| TLK |
- Tertakluk keperluan PBT/agensi teknikal
|
| Zon Penampan |
| Antara Kawasan Penempatan Utama |
- Minimum 12m (40’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke sempadan lot kawasan penempatan utama (perumahan, institusi, pendidikan, pelancongan, keagamaan, dan kesihatan)
|
| Antara Lot Pertanian |
- Minimum 20m (66’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke lot pertanian
|
| Antara Lot Persisiran Pantai dan Badan Air |
- Minimum 200m (656’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke lot pesisiran pantai
- Minimum 15m (50’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke punca penerima badan air (sungai, parit, tasik, empangan)
|
| Lain-Lain Kawalan |
- Kaedah teknikal akuakultur yang baik:
- Semua air dari kolam ternakan perlu jauh dari water intake mengikut piawaian/garis panduan Jabatan Perikanan dan agensi terknikal berkaitan
- Pengurusan efluen adalah secara Zero Discharge sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak Badan Kawal Selia Air (BAKAJ)
- Takungan tadahan efluen hendaklah dibina daripada jenis konkrit bertetulang dan struktur penghalang bagi menghalang berlaku limpahan dan takungan pecah
- Kolam rawatan disediakan mengikut saiz yang sama dengan kolam ternakan
- Dua (2) alat pengukur kualiti air hendaklah dipasang di sungai/badan air dalam jarak 1km dari kawasan akuakultur dan diletakkan pada jarak 50m ke hulu dan hilir sungai dari lokasi pembangunan
- Pengusaha digalakkan mendapatkan pensijilan MyGAP dari Jabatan Perikanan
|