Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B11 · Pertanian, Penternakan & Akuakultur

PA01 Pertanian Komersial Berskala Besar

B11-7

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Zon Guna Tanah
  • Zon Perancangan Pertanian sahaja
Skala Pembangunan Pertanian
  • Aktiviti pertanian berskala besar dengan keluasan 50 ekar (20hektar) dan ke atas sahaja
Jenis dan Kesesuaian Tanaman
  • Jenis tanaman perlu sesuai dengan topografi kawasan
Kaedah Pembukaan Kawasan
  • Kaedah pembukaan tanah perlu selamat dan sesuai dengan topografi kawasan
  • Rujuk perincian di Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun dan Berbukit
Amalan Pemuliharaan Tanah
  • Penerapan amalan pemuliharaan tanah baik secara fizikal dan vegetatif seperti pembinaan struktur parit, perangkap kelodak, teres, pentas bulat, benteng konkrit dan tanaman serkup bumi
Pembinaan Struktur Bangunan
  • Mengemukakan pelan bangunan yang selaras dengan UKBS yang merangkumi:
  • Susun atur operasi
  • Struktur bangunan
  • Sirkulasi jalan
Bangunan Sementara
  • Stor penyimpanan barangan/pondok rehat
Bangunan Kekal
  • Rumah pekerja/tempat pengumpulan/pemunggahan/gerai jualan
Anjakan Bangunan
  • Minimum 3m (10’) dari sempadan lot
  • Minimum 6m (20’) anjakan hadapan bangunan untuk pemunggahan hasil/gerai jualan
Kemudahan Infrastruktur
  • Sistem saliran
  • Bekalan air
  • Bekalan elektrik
  • Sistem pengolahan kumbahan
  • Sistem pengurusan sisa pepejal
  • Stor buangan terjadual
Srikulasi dan Tempat Letak Kenderaan (TLK)
Sistem Sirkulasi
  • Minimum 10m (33’) bagi jalan laluan masuk
  • Menggunakan batu gravel/bertar
TLK
  • Tertakluk keperluan PBT/agensi teknikal
Zon Penampan
Sumber Air
  • Minimum 200m (656’) dari tanah pertanian jangka pendek/kontan ke rizab empangan
  • Minimum 500m (1,640’) dari tanah pertanian selain aktiviti di atas ke rizab empangan
Lain-lain Kawasan
  • Tertakluk keperluan PBT/agensi teknikal
Pematuhan Alam Sekitar
  • Wajib mematuhi kawalan alam sekitar yang baik:
  • Mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974), Jabatan Alam Sekitar seperti :
  • Seksyen 29A (Larangan untuk melakukan pembakaran terbuka di mana-mana premis/tanah khususnya ketika pembukaan tanah)
  • Seksyen 34A (Mengemukakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar bagi aktiviti pertanian berkeluasan lebih 50 ekar/bercerun 25˚ ke atas)
  • Mematuhi garis panduan teknikal dari Jabatan Pertanian seperti memohon pensijilan myGAP dan mengamalkan pertanian organik dan berdaftar dengan myOrganic