| Pemakaian Peta Bahaya Gempa Bumi dalam Penyediaan Rancangan Pembangunan dan Kelulusan Perancangan |
- Pemakaian peta bahaya gempa bumi penting dalam merancang dan menyusun atur sebarang bentuk pembangunan di kawasan berisiko gempa bumi. Keperluan penghasilan peta ini perlu mengambil kira tiga aspek berikut iaitu:
- Mengambil kira dan menggabungkan maklumat risiko bencana gempa bumi ke peta zon guna tanah
- Data dan peta lain yang diperlukan diambil kira dalam penyediaan peta bahaya bencana gempa bumi sebagai langkah kearah pengurangan risiko bencana di kawasan terlibat dengan zon gempa bumi
- Penggunaan maklumat berkenaan dengan lokasi dan keadaan struktur sesuatu bangunan
|
| Kawalan Perancangan |
| Penyediaan anjak undur bangunan |
- Ketinggian bangunan bersudut 45° bersamaan separuh kelebaran jalan)
- Ilustrasi Ketinggian Bangunan Bersudut 45°
|
| Perancangan Laluan Keselamatan dan Penyediaan Pusat Bencana |
- Laluan keselamatan ini akan digunakan oleh kenderaan pasukan keselamatan seperti bomba, polis, tentera, APM, ambulans dan sebagainya bagi mengangkut peralatan, logistik, barang keperluan serta memindahkan mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.
- Lokasi dan perletakan pusat mangsa bencana hendaklah berada di luar kawasan bencana. Contohnya bangunan hendaklah dibina di lokasi jauh dari kawasan banjir, tepi pantai, cerun bukit, kawasan loji gas, bangunan tinggi, tanah tambakan dan jauh dari kemudahan awam.
|
| Kepentingan Kawasan Lapang |
- Kepentingan kawasan lapang di kawasan berisiko gempa bumi adalah sebagai tempat berkumpul (assembly area).
- Bangunan yang dibina di kawasan ini hendaklah menyatakan dengan jelas arah yang menunjukkan kawasan berkumpul.
- Kawasan ini hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti jauh dari bangunan tinggi, lapang dan luas, mempunyai akses kepada laluan kecemasan, bekalan air dan sebagainya.
|
| Reka Bentuk Tunjuk Arah dan Papan Tanda serta Notis |
- Salah satu perkara yang sangat penting apabila berlaku situasi panik adalah penyediaan papan petunjuk arah, papan tanda serta notis yang jelas dan mudah difahami oleh mangsa. Contohnya papan tanda arah dan tempat berkumpul.
|
| Struktur Binaan Bangunan di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi |
| Struktur Binaan Bangunan di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi |
- Terdapat enam jenis sistem struktur bangunan tahan gempa bumi yang boleh digunakan.
Nota: Nota: Walaupun risiko gempa bumi di Johor adalah rendah, kewujudan struktur geologi seperti Mersing Fault menunjukkan bahawa gegaran seismik kecil masih berpotensi berlaku. Oleh itu, reka bentuk bangunan tertentu perlu mengambil kira prinsip asas ketahanan terhadap gegaran
|
| Jenis Galas Dinding |
- Struktur dinding yang terletak di sekeliling bangunan menyediakan sokongan menegak utama untuk berat bangunan serta rintangan sisi bangunan. Sistem ini biasanya digunakan untuk pembinaan kediaman berdensiti rendah, gudang dan bangunan komersial berkonkrit, batu atau kayu.
|
| Jenis Rangka/ Bingkai Bangunan |
- Sistem rangka bangunan digunakan bagi menguatkan struktur bangunan dengan memindahkan beban melalui elemen menegak dan mendatar. Dalam sistem ini, beban bangunan disokong oleh unsur menegak iaitu tiang serta unsur mendatar iaitu rasuk. Struktur tambahan ini boleh dipasang di bahagian luar bangunan dalam bentuk pendakap pepenjuru atau dinding bagi meningkatkan kestabilan struktur.
|
| Jenis Rangka Besi Bersilang |
- Sistem ini biasanya digunakan untuk kedua-dua keluli struktur dan diperkukuhkan dengan pembinaan konkrit. Dalam sistem ini, rasuk mendatar dan tiang menegak akan memberikan sokongan kukuh untuk menahan berat struktur bangunan.
- Walau bagaimanapun, sistem ini lebih mahal untuk digunakan berbanding sistem lain kerana ia menggunakan ruang yang besar dan mempunyai fasad yang banyak.
|
| Sistem Dual |
- Sistem Dual, alternatif yang menjimatkan yang biasanya digunakan untuk membina bangunan tinggi. Struktur sistem dual merupakan gabungan bingkai dan konkrit, batu atau dinding keluli. Sistem ini memberikan sokongan menegak untuk struktur manakala sisi rintangan disediakan sama ada dengan konkrit, batu atau dinding keluli atau oleh keluli pendakap dinding.
|
| Sistem Tiang Julur |
- Sistem tiang julur biasanya digunakan untuk struktur satu tingkat atau struktur berbilang tingkat. Dalam struktur ini, julur ruangan yang menaik dari aras bawah bangunan akan disokong oleh struktur utama. Penggunaan sistem ini tidak dibenarkan di kawasan zon seismik yang aktif.
|
| Standard Reka Bentuk Tahan Gempa Bumi |
- Bangunan baharu termasuk bangunan tinggi di Malaysia diwajibkan mematuhi standard yang boleh menahan gempa bumi berskala 7.0 pada skala Richter.
- Standard reka bentuk gempa bumi di Malaysia mengikuti kod MS EN 1998-1:2015 (Eurocode 8: Design of Structures for Earthquake Resistance) Bersama dengan “Malaysia National Annex” yang dikuatkuasakan pada tahun 2017.
|
| Sistem Dual |
- Sistem Dual, alternatif yang menjimatkan yang biasanya digunakan untuk membina bangunan tinggi. Struktur sistem dual merupakan gabungan bingkai dan konkrit, batu atau dinding keluli. Sistem ini memberikan sokongan menegak untuk struktur manakala sisi rintangan disediakan sama ada dengan konkrit, batu atau dinding keluli atau oleh keluli pendakap dinding.
|
| Sistem Tiang Julur |
- Sistem tiang julur biasanya digunakan untuk struktur satu tingkat atau struktur berbilang tingkat. Dalam struktur ini, julur ruangan yang menaik dari aras bawah bangunan akan disokong oleh struktur utama. Penggunaan sistem ini tidak dibenarkan di kawasan zon seismik yang aktif.
|
| Aspek Pemilihan Tapak di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi |
| Kestabilan Cerun |
- Kajian geologi tapak dan siasatan tanah perlu dijalankan terlebih dahulu serta mengelakkan bangunan di kawasan cerun yang tidak stabil dan mempunyai ancaman bahaya risiko jatuhan batuan.
|
| Zon Penampan |
- Perlu ada zon pemampan antara bangunan dan tebing curam dan sungai. Tebing yang curam berisiko terhadap kemungkinan terjadinya gelinciran tanah sehinggakan bangunan perlu dijauhkan dari tebing tersebut. Begitu juga dengan sungai yang mempunyai risiko amblesan akibat liquefaction tanah. Pembinaan harus dielakkan pada kawasan cerun yang berpotensi mengalami gelinciran tanah.
- a) Zon Penampan 2H
- Ilustrasi Zon penampan 2H bagi cerun semula jadi (tiada langkah mitigasi)
- b) Zon Penampan 1H
- Ilustrasi Zon penampan 1H bagi cerun semula jadi (tiada langkah mitigasi
|
| Kekangan Sensitif Geologi |
- Geologi kejuruteraan dan siasatan tanah perlu dijalankan untuk menentukan tahap kekangan geologi, geologi kejuruteraan dan geoteknik di kawasan tapak cadangan pembangunan. Mengelakkan pembinaan bangunan di kawasan yang sensitif geologi yang cenderung untuk mengalami gelinciran tanah, batu runtuh, amblesan, pencecairan dan mendapan tanah tidak sekata (differential settlement). Contoh jenis geologi yang terdedah kepada risiko gempa bumi:
- Tanah gambut
- Tanah berpaya
- Tanah berpasir
- Endapan koluvium/talus
- Batuan slump breksia
- Batuan hancur di kawasan zon sesar
- Jujukan batuan syal dan batu lumpur
|
| Cerun yang tidak Stabil |
- Siasatan geologi dan geologi kejuruteraan hendaklah dijalankan di kawasan cerun. Jika hasil siasatan mendapati bahawa cerun tersebut adalah tidak stabil dan cenderung untuk mengalami gelinciran tanah, maka kawasan ini hendaklah dielakkan untuk dibina bangunan.
|
| Risiko Geobencana Golekan Bongkah Batuan (Boulders) |
- Siasatan geologi dan geologi kejuruteraan hendaklah dijalankan di kawasan cerun yang mempunyai banyak endapan bongkah-bongkah batuan (boulders). Taburan bongkah-bongkah batuan ini hendaklah dipetakan dan dianalisis sama ada mempunyai risiko mengalami golekan jika berlaku gegaran gempa. Jika didapati bahawa bongkah-bongkah batuan ini mempunyai risiko golekan makan kawasan ini hendaklah dielakkan untuk dibangunkan atau perlu membina benteng penghalang untuk menghalang bongkah-bongkah batuan ini daripada tergolek dan menghempap bangunan.
|
| Tebing Sungai |
- Kawasan tebing sungai hendaklah dielakkan untuk dibina bangunan. Pembinaan hanya boleh dipertimbangkan jika keperluan mitigasi cerun boleh menjamin pengukuhan cerun di kawasan ini
|
| Kawasan Berpaya |
- Pembinaan bangunan hendaklah mengambil kira geologi tapak di kawasan ini.
|
| Kawasan Tambakan |
- Pendasaran bangunan hendaklah tidak duduk di atas kawasan tambakan, dasar bangunan hendaklah diikat sehingga ke batuan dasar melintasi kawasan tambakan.
- Ilustrasi Kawasan Tambakan
|
| RB04 Kebakaran Hutan |
| Insfrastruktur yang perlu dibangunkan bagi mencegah dan mengawal kebakaran hutan |
| Sekatan Saliran |
- Membina sekatan parit dan menyelenggara parit pemisah api di HSK.
|
| Clay- Dake |
- Membina clay-dyke di sepanjang sempadan hutan simpan yang terdedah kepada risiko kebakaran akibat daripada aktiviti pembangunan bersempadanan dengan HSK (seperti tapak pelupusan sampah atau projek pembangunan perumahaan).
|
| Pizometer |
- Pemantauan paras air dengan menggunakan pizometer dan analisis data-data yang diperoleh untuk menentukan corak dan kadar turun/naik paras air bawah tanah mengikut musim.
|
| Telaga Tiub |
- Pemasangan Telaga Tiub (Tube Well) bagi membekalkan air dari bawah tanah untuk mencegah kekeringan tanah gambut.
|
| Papan Tanda |
- Pemasangan papan tanda HSK dan papan tanda Forest Fire Danger Rating System (FDRS) serta mengemas kini maklumat di papan tanda FDRS setiap hari.
|
| Menara Tinjau |
- Pembinaan menara pandang / tinjau untuk tujuan pemantauan.
|
| Pagar Berpalang |
- Pembinaan pagar berpalang bagi mengawal kemasukan orang awam ke dalam kawasan hutan simpanan kekal khususnya zon-zon risiko kebakaran dan memasang papan tanda HSK yang mempunyai kenyataan larangan masuk tanpa kebenaran, dengan pemberitahuan penalti dan denda di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
|
| Kolam Takungan |
- Menakung dan membekalkan sumber air sepanjang masa supaya dapat digunakan untuk pemadaman kebakaran dan juga pembasahan kawasan tanah gambut yang mula kering ketika musim panas dengan menerima sumber air samada tadahan hujan atau pengepaman air dari saliran atau telaga tiub berdekatan.
|
| Penggunaan Dron dan Pasukan Pemantau |
- Penggunaan alat kawalan jauh dron perlu diselarikan dengan mewujudkan satu pasukan khas pemantau agar usaha pemantauan ini dilaksanakan dengan berterusan.
|