Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B4 · Institusi & Kemudahan Masyarakat

KM05-1 Tanah Perkuburan Islam

B4-69

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Perancangan Tapak
Kepercayaan Agama dan Adat Resam
  • Peletakan perkuburan islam digalakkan berhampiran masjid dan kawasan perumahan untuk memudahkan pengurusan jenazah untuk disembahyangkan dahulu sebelum dikebumikan serta memudahkan mereka menziarahi si mati
  • Jenazah diwajibkan menghadap kiblat atau arah Kaabah. Bagi tujuan ini, tanah yang rata adalah paling sesuai.
Kesihatan Umum
  • Kubur Baharu hendaklah digali tidak kurang dari 6’ dari kubur lama dan tanah perkuburan tidak boleh digunakan semula sebelum 30-50 tahun mengikut keadaan tanah selepas pengebumian terakhir tertakhluk kepada pihak berkuasa agama negeri
  • Jarak antara tanah perkuburan dan rumah kediaman yang terdekat ialah sekurang-kurangnya 12.192m (40’)
  • Menyediakan zon pemisah antara tanah perkuburan dan punca punca air untuk menjamin kesihatan umum mengikut ketetapan JPS dan JMG:
  • Sekurang-kurangnya 250m dari kawasan punca air
  • Sekurang-kurangnya 50m dari saliran sungai, tasik dan pantai
  • Sekurang-kurangnya 10m dari system perparitan sedia ada
Topografi dan Struktur tanah
  • Jenis tanah yang paling sesuai ialah tanah terbuka jenis poros yang akan memudahkan laluan air dan udara ke semua arah
  • Tanah perkuburan hendaklah sekurang-kurangnya berada pada paras 1.828m (6’,6”) di atas paras banjir bagi setiap pusingan 100 tahun melebihi 1.828m (6’,6”) di bawah permukaan bumi
  • Tanah perkuburan tidak sesuai bagi kawasan-kawasan seperti berikut:
  • Kawasan banjir dan tanah runtuh;
  • Kawasan yang kerap diancam hakisan seperti di sungai dan laut
  • Tanah paya dan bercerun
  • Tanah paya dan jenis tanah liat
  • Tanah perkuburan hendaklah jauh daripada kawasan sungai, saliran atau lain-lain punca air kerana ini akan mengakibatkan pengaliran air dari kawasan perkuburan ke tempat-tempat tersebut.
Keperluan Ruang
  • Keperluan ruang tanah perkuburan untuk sesuatu kawasan bergantung kepada saiz kubur, kadar kematian dan penggunaan semula tanah perkuburan.
  • Pengiraan keperluan ruang tanah perkuburan bagi setiap 1,000 penduduk pada masa akan datang adalah seperti berikut:
  • Contoh Pengiraan :
  • Keluasan Kawasan yang diperlukan untuk perkuburan islam bagi setiap 1,000 penduduk adalah:
  • Cₜ = 1000 x 5/ 1000 x 8.36 x30
  • = 1254mp
  • = 0.3 ekar bagi setiap 1,000 penduduk atau 3.0 ekar bagi setiap 10,000 penduduk
  • Purata keluasan untuk satu lot kubur dianggarkan 8.36mp termasuk kemudahan sokongan dan landskap.
  • Ct = Pt x Mr x Sz x Rg
  • Ct = Keperluan tempat perkuburan pada tahun t
  • Pt = Jumlah Penganut unjuran
  • Mr = Kadar kematian
  • Sz = Purata saiz lot kubur*
  • Rg = Tempoh masa kubur digunakan semula
Susun Atur
Sistem Modul
  • Sistem modul ini mengandungi 2 baris kubur yang mana satu baris terdiri daripada 20 lot kubur
  • Setiap tanah perkuburan haruslah mengandungi sekurang-kurangnya 15 modul yang boleh memuatkan sebanyak 600 lot kubur. Keperluan ruang ialah 2.5 ekar (1.0 hektar).
  • Arah Lot kubur dijawajibkan menghadap ke kiblat
Kemudahan Awam
  • Menyediakan 10 lot tempat letak kereta. Setiap satu lot adalah seluas 20-25 mp (215.3-269.1 kp) termasuk kawasan untuk landskap
  • Menyediakan 1 lot tempat meletak bas
  • Kawasan seluas 400mp (4,305.6kp) untuk satu bangunan awam
  • Bangunan ini akan memuatkan pejabat pentadbiran, kawasan rehat, stor lampu (spotlight), tandas dan kemudahan lain yang sesuai
  • Menyediakan kemudahan utiliti yang secukupnya
Landskap dan Pendiding
  • Satu rizab landskap selebar 1.5m (4’,9“) diperlukan di sepanjang garis mendatar pejalan kaki. Landskap dan pokok-pokok bukan sahaja dapat meningkatkan suasana yang menarik kepada sesuatu kawasan tanah perkuburan malah juga dapat bertindak sebagai zon pemisah di antara dua jenis kegunaan tanah. Rupa bentuk landskap dan jenis pokok perlulah mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Landskap Negara, 1995
Sistem Peredaran
  • Menyediakan sistem peredaran selebar 2m (6’, 5”) mengelilingi setiap modul iaitu:
  • Jalan masuk ke setiap lot kubur
  • Membawa keranda
  • Pergerakan penggali
Peletakkan Lokasi
  • Jarak antara kawasan perkuburan dan kawasan kediaman hendaklah tidak melebihi 45 minit masa perjalanan atau 45km jarak perjalanan mengikut mana yang lebih berdekatan.
  • Termpat perkuburan baharu tidak digalakkan diletakkan di kawasan bercerun, kawasan perdagangan, pentadbiran atau pusat bandar
Penyediaan Kubur atau Bayaran Caruman Tabung Amanah Perkuburan Negeri
  • Setiap pembangunan yang mempunyai keluasan 250 ekar (100 hektar) atau lebih hendaklah menyediakan tapak perkuburan Islam seluas 8.0 ekar (3.2 hektar) dalam kawasan yang dibangunkan untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Sekiranya tidak disediakan dalam tapak pembangunan pemaju atau pemilik tanah hendaklah menyediakan plot tapak perkuburan dalam kawasan berhampiran bagi tujuan gantian.
  • Bagi pembangunan yang kurang daripada 250 ekar (101.2 hektar), pemaju/ pemilik tanah tidak dikehendaki menyediakan tapak kubur dalam kawasan pembangunan mereka tetapi dikehendaki menyumbang kepada Tabung Pengurusan kubur - Tabung Amanah Perkuburan
  • Bagi pembangunan berskala ≥ 250 ekar,
  • Bayaran caruman Tabung Amanah Perkuburan ini hanya dikenakan bagi pembangunan bertujuan bangunan kediaman sahaja. Sekiranya pembangunan yang dicadangkan melibatkan pembangunan bercampur, pengiraan hanya dikira berdasarkan kepada unit bangunan kediaman yang dibina sahaja
  • Keperluan pengenaan syarat penyediaan tapak perkuburan/caruman tapak perkuburan ini juga, disyorkan untuk dijadikan syarat tambahan dalam setiap kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
Lot Kubur
  • 2.1m x 2.7m (7’ x 9’)
Liang Kubur
  • 1.0m x 2.0m (3.280’ x 6.561’)
Penutup Kubur/ Kepok
  • 1.5m x 2.5m (4.921’ x 8.202’) + 0.15m (0.5’)
Tadahan Penduduk (Orang)
1 Unit Kawasan kejiranan (5,000 - 10,000)
  • 1.5 – 2.5 ekar(0.6-1.0 hektar)
2-3 unit kawasan kejiranan (10,000-30,000)
  • 1.8-5.4 ekar (0.73-2.19 hektar)
Bandar kecil atau Pekan (30,000 -100,000)
  • 5.4-18 ekar (2.19-7.28 hektar)
Bandar Besar > 200,00
  • 49.0 ekar (20.0 hektar)
Separa Wilayah
  • Tanah perkuburan terdapat di kawasan penumpuan penduduk
Kampung – Kampung > 5,000
  • 2–3 kampung berkongsi satu tanah perkuburan atau setiap Rancangan FELDA, penempatan orang sli, Rancangan Lembaga Kemajuan atau projek-projek terpencil boleh didefinasikan sebagai 1 kawasan kejiranan
Bilangan Kubur bagi Setiap Kawasan Perkuburan
  • 600 lot

Nota: * Penyediaan 5% daripada jumlah keseluruhan bilangan kubur perlu dirizabkan untuk perkuburan bayi/ janin

Nota: * Menyediakan Kawasan khas bagi tanaman anggota sahaja termasuk uri bagi perkuburan islam

Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan
  • 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan sebagaimana Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Dan Penggalian Jalan (2011)

Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’)
Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 10 Petak
TL Bas
  • 1 Petak (mengikut keperluan)
Nota
  • Garis panduan ini perlu dirujuk Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat 2022, PLANMalaysia
  • Perlu dirujuk bersama Garis Panduan Perancangan Tempat Perkuburan Islam, PLANMalaysia
  • Perlu dirujuk bagi tujuan kelulusan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor