Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B4 · Institusi & Kemudahan Masyarakat

KM04-1 Masjid

B4-57

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Tadahan Penduduk (Orang)
Masjid Negeri
  • Negeri
Masjid Daerah
  • 100,000 - 500,000
Masjid Bandar
  • 5,001-10,000
Masjid Kejiranan/ Kariah
  • 2,500-5,000
Saiz Tapak (Minimum)
Masjid Negeri
  • 7.4 –12.4 ekar (3-5 hektar)
Masjid Daerah
  • 2.5 – 7.5 ekar (1-3 hektar)
Masjid Bandar
  • 3 ekar (1.2 hektar)
Masjid Kejiranan/ Kariah
  • 2 ekar (0.81 hektar)
Ketinggian Masjid
  • Sekiranya pembangunan rumah ibadat islam yang baharu berhampiran dengan rumah ibadat agama lain, ketinggian masjid perlu lebih tinggi untuk menjadikan focal point
Jarak Antara Masjid
  • Masjid – masjid baharu/ sedia ada : 0.8-1.0km
  • Masjid – surau : 0.2 km
  • Masjid – rumah Ibadat bukan islam: 0.2km
Lokasi Peletakan
  • Terletak di dalam pusat kejiranan
  • Mempunyai akses terus kepada jalan utama
  • Bangunan perlu menghadap arah kiblat
  • Digalakkan untuk diletakkan di kawasan yang mempunyai laluan, stesen atau hentian pengangkutan awam
  • Tidak boleh ditempatkan di sekeliling loji kumbahan atau pencawang elektrik (PMU atau PPU)
  • Lot tanah bagi masjid dan sekolah agama perlu diasingkan
Kawasan Tepu Bina (Maksimum)
  • 60% daripada keluasan tapak pembangunan
Anjakan Bangunan (Minimum)
Hadapan
  • 12.192m (40’)
Tepi
  • 6.096m (20’)
Belakang
  • 6.096m (20’)
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan
  • 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan sebagaimana Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Dan Penggalian Jalan (2011)

Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’)
Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 1 TLK bagi setiap 9.290mp (100kp) luas ruang solat
  • 1 TLK khas bagi kenderaan van jenazah
  • 1 TLK khas imam
TL Kereta EVCB
  • Digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya 1 petak TLK EVCB
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK (lokasi berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing)
TL Motosikal
  • 1 petak TLM bagi setiap 14.957mp (161 kp) luas ruang solat
Kemudahan (OKU)
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya dan Golongan Istimewa dan mematuhi Universal Design Guidelines.
Kawasan Hijau dan Jaluran Hijau (Perimeter Planting)
  • Penyediaan Parameter Planting bagi kemudahan awam adalah digalakkan dan termasuk dalam jarak anjakan bangunan
Kemudahan Sokongan
  • Mihrab dan ruang solat berjubin
  • Pejabat imam, bilal dan kadi
  • Ruang mengambil wuduk yang berasingan antara lelaki dan wanita
  • Pejabat pentadbiran
  • Bilik mesyuarat/dewan mesyuarat
  • Bilik audio – visual/ Utiliti
  • Perpustakaan/ bilik bacaan
  • Ruang untuk pungutan zakat
  • Laluan pejalan kaki
  • Bilik kaunseling
  • Ruang pengurusan jenazah
  • Bilik persalinan, bilik mandi dan tandas berasingan untuk lelaki dan wanita yang mempunyai ruang akses yang tidak bertembung antara lelaki dan wanita
  • Mimbar
  • Kemudahan aktiviti masyarakat
  • Ruang serba guna
  • Ruang pameran
  • Tapak kiosk serbaguna
  • Stor
  • Lif (Sekiranya perlu)
  • Tangga dalam bangunan yang menghubungkan setiap tingkat (jika bangunan bertingkat)
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pelaksanaan kejiranan hijau bagi setiap pembangunan melalui pendekatan:
  • Menggalakkan pemasangan SPAH yang mempunyai bumbung ≥100mp
  • Menggalakkan penerapan solar (tenaga), kitar semula (sisa pepejal) dan pengkomposan (sisa makanan)
  • Menggalakkan persekitaran hijau dengan menyediakan kawasan hijau berlandskap
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui prinsip CPTED
  • Keperluan peletakan pili bomba yang memenuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat

Nota: * Garis panduan ini perlu dirujuk Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat 2022, PLANMalaysia

Nota: * Perlu dirujuk bersama Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Islam 2023, PLANMalaysia

Nota: * SPAH hendaklah merujuk sepertimana Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan), 2012

Nota: * Perlu dirujuk bagi tujuan kelulusan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor