Teks halaman (boleh disalin)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
NEGERI JOHOR EDISI 2026
3.2 ASAS PENGIRAAN KEMUDAHAN WANG CARUMAN
3.2.1 SIMULASI SENARIO 1
Berikut merupakan contoh bagi pengiraan senario 1 yang merangkumi kaedah penentuan keperluan
penyediaan kemudahan awam serta pengenaan wang caruman bagi pembangunan perumahan berskala
besar, berdasarkan keluasan pembangunan, anggaran bilangan unit kediaman dan jumlah penduduk.
Pengiraan ini disediakan sebagai rujukan untuk memperlihatkan aplikasi piawaian perancangan yang diguna
pakai, termasuk penetapan jenis kemudahan, keluasan yang diperlukan serta mekanisme pelepasan
kemudahan melalui bayaran wang caruman, bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara tersusun,
seimbang dan selaras dengan Garis Panduan Perancangan Negeri Johor Edisi 2026.
SENARIO 1= PEMBANGUNAN 100 EKAR @ 1,250 unit @ 5,000 PENDUDUK
Jadual BC-2 | Gambaran Senario 1 pembangunan 100 ekar
A. MAKLUMAT ASAS KEMUDAHAN B. MAKLUMAT PELEPASAN KEMUDAHAN
Nilai
Jumlah Anggaran Keluasan purata Jumlah Keluasan
Caruman
Unit Penduduk kps / Unit
Bil Jenis Kemudahan (RM)
Rumah saiz isi rumah Rumah
(Anggaran
(Min) rumah 4 Ekar KPS (kps) disediakan Ekar KPS
RM10/kps)*
1 Sekolah Menengah 2,500 10,000 9.00 392,040 157 1,250 4.50 196,020 1,960,200
2 Sekolah Rendah 1,250 5,000 6.00 261,360 209 1,250 Wajib Sedia
3 Sekolah Agama 1,250 5,000 2.00 87,120 70 1,250 Wajib Sedia
Klinik Kesihatan
4 1,250 5,000 5.00 217,800 174 1,250 Wajib Sedia
Jenis IV
5 Balai Polis 2,500 10,000 5.00 217,800 87 1,250 2.50 108,900 1,089,000
Balai Bomba Risiko
6 5,000 20,000 3.00 130,680 26 1,250 0.75 32,670 326,700
Rendah
7 Perkuburan Islam 1,250 5,000 2.50 108,900 87 1,250 2.50 108,900 1,089,000
8 Padang Kejiranan 1,250 5,000 8.00 348,480 279 1,250 Wajib Sedia
JUMLAH KEPERLUAN CARUMAN 44.50 1,938,420.00 1,228.39 1,250 10.25 446,490 4,464,900
Nota :
Dengan pembangunan 100 ekar (bertanah / landed) pembangunan ini telah menyumbang sebanyak 10.25 ekar @
25% dari keperluan kemudahan asas diperlukan bagi setiap kejiranan berpenduduk < 20,000 orang. Cadangan
penyediaan kemudahan melibatkan :-
• Option 1 : Wang caruman kemudahan (RM4,464,900)
• Option 2 : Penyediaan tanah seluas 10.25 ekar (kategori Kemudahan ‘White Zone’)
* Penentuan sebenar Nilai Caruman Adalah berdasarkan nilaian tanah semasa Kawasan tersebut yang akan
ditentukan oleh Jabatan Penilaian, Pihak Berkuasa Tempatan semasa sesi rundingan dibuat Bersama PBT atau semasa
serahan KM Online.
GPP NEGERI JOHOR 2026
BAHAGIAN C C-7