Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B1 · Perumahan

PR12 Perumahan Strata Bertanah

B1-55

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Luas Tapak (Minimum)
  • 1 hektar (2.471 ekar) minimum
  • 10 hektar (24.71 ekar) maksimum atau 200-500 unit kediaman setiap skim
Jenis Perumahan
  • Perumahan bertanah seperti rumah sesebuah, zero lot boundary, rumah berkembar, rumah kluster, rumah bandar dan teres boleh dibangunkan secara bercampur dengan kediaman berbilang tingkat di dalam satu skim
Anjakan Bangunan
  • Mengikut jenis pembangunan yang akan dilaksanakan
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Tempatan
  • Laluan keluar masuk 2 lorong 12.192m (40’) untuk penduduk dan pelawat.
  • 7.315m (24’) untuk laluan 2 hala/ 4.572m (15’) untuk laluan sehala
  • 2.500m (8.2’) untuk laluan pejalan kaki
  • 2.500m (8.2’) untuk utiliti dan longkang
Jalan Pengumpul
  • 20.116m (66’)
Laluan Keluar / Masuk
  • Laluan terus antara Skim Perumahan Komuniti Strata (SPKS) perlu disediakan sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk.
  • Bagi pintu masuk berpalang kelegaan ketinggian hendaklah tidak kurang dari 4.600m (0.15’) diukur dari aras akses jentera bomba. Kiraan 4.000m (0.15’) bermula dari halangan pertama pagar pos sehingga halangan minimum 4.600m (0.15’) kelegaan tinggi.
  • Perancangan pembangunan Skim Perumahan Komuniti Strata (SPKS) perlu memastikan laluan masuk ke kawasan lot lapisan kedua tidak terhalang.
  • Rujuk lakaran halaman B1-60
Pembinaan Pagar/ Tembok
  • Ketinggian maksimum 2.743m (9’)
  • 50% pagar perlu terbuka iaitu dapat dilihat daripada luar dan tidak mengganggu kenampakan
  • 50% selebihnya dibenarkan tertutup
  • Pagar persendirian kekal bagi setiap petak tanah tidak dibenarkan
  • Rujuk lakaran halaman B1-60
Pondok Pengawal
  • Saiz minimum : 2.500m x 5.000m (8.2’ x 16.4’)
  • Kedudukan/ anjakan pondok pengawal dari jalan utama hendaklah tidak kurang daripada 6.096m (20’)
  • Mengambil kira ruang bekerja dan tandas
  • Lokasi dan reka bentuk pondok pengawal hendaklah ditunjukkan di dalam pelan semasa permohonan Kebenaran Merancang (Pembinaan)
Lain-Lain Kemudahan
  • Setiap skim perlu menyediakan sekurang-kurangnya 1 plot kawasan lapang/ rekreasi dengan saiz yang sesuai. Contohnya : taman permainan kanak-kanak. Ilustrasi peletakan kawasan kemudahan dan rekreasi dalam kawasan gated community kanak-
  • Penyediaan kemudahan perlu disediakan mengikut jumlah penduduk.
  • Bagi pembangunan yang mempunyai lebih daripada 1 skim, perlu menyediakan kemudahan masyarakat secara integrasi (masjid, sekolah, padang bola dan lain-lain) dan mesti diletakkan diluar skim atau luar kawasan berpagar.
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pelaksanaan kejiranan hijau bagi setiap pembangunan melalui pendekatan:
  • Menggalakkan pemasangan SPAH yang mempunyai bumbung ≥ 100m²
  • Menggalakkan penggunaan solar (tenaga), kitar semula (sisa pepejal) dan pengkomposan (sisa makanan)
  • Menggalakkan persekitaran hijau iaitu menyediakan kawasan hijau berlandskap
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui Prinsip CPTED