Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B8 · Pembangunan Persisiran Pantai

PP02 Penambakan Pantai dan Laut

B8-13

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Kawasan yang Tidak Dibenarkan Bagi Tambakan Pantai dan Laut
  • Kawasan yang terlibat dengan Coastal vulnerability index biodiversity (CVIB) tahap sangat tinggi dan tinggi dan dikenal pasti sebagai koridor pemeliharaan dan pemuliharaan.
  • Habitat marin dan persisiran pantai semula jadi yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan.
  • Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP) Tahap 1 dan Tahap 2
Keperluan Perintah Penilaian Impak Alam Sekeliling 2015 (EIA)
  • Aktiviti 7 (a)(b)(c)
  • Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih.
  • Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai di dalam, bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar.
  • Penebusgunaan bagi pulau buatan manusia.
Kawalan Pembangunan di Kawasan Tambakan Pantai dan Laut
  • Jenis pembangunan di kawasan tambakan pantai dan laut hendaklah tertakluk kepada zon guna tanah yang ditetapkan dalam RT/ RKK.
  • Memastikan hanya pembangunan yang dibenarkan di dalam RT boleh dilakukan di kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP).
  • Menerapkan reka bentuk bangunan yang berdaya tahan dan bebas halangan.
  • Memastikan penggantian atau pemulihan kawasan hutan paya laut (offset biodiversiti) dilakukan sekiranya pembukaan kawasan tersebut tidak dapat dielakkan
  • Mengenakan syarat-syarat yang ketat dan memastikan pelan pengurusan di kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP) dipatuhi untuk menjamin pembangunan di kawasan ekosistem marin dilakukan secara mampan.
Kesesuaian Tambakan Mengikut Jenis Pantai
  • Kesesuaian pelaksanaan tambakan pantai hendaklah mengambil kira jenis morfologi pantai kerana setiap jenis pantai mempunyai mempunyai keadaan ombak, arus dan pergerakan sedimen yang berbeza
  • Cadangan tambakan pantai dan laut hendaklah dirancang secara bersepadu bagi mengelakkan pembentukan garis pantai yang tidak sekata serta memudahkan pengurusan hakisan pantai dan penggunaan kawasan pantai untuk rekreasi.
Pantai Berpasir
  • Tidak digalakkan. Tambakan boleh menyebabkan kehilangan pantai rekreasi dan mengganggu pergerakan sedimen serta proses semula jadi pantai.
Pantai Berlumpur
  • Lebih sesuai. Kawasan berlumpur mempunyai tenaga ombak rendah, oleh itu keadaan pantai dan kerja tambakan lebih stabil. Tertakluk kepada kajian proses pantai dan kelulusan daripada JPS.
Pantai Berbatu/ Tebing Curam
  • Tidak sesuai. Sensitif terhadap perubahan garis pantai
Pantai Bakau
  • Tidak digalakkan kecuali untuk projek strategik kerana melibatkan kawasan sensitif alam sekitar serta habitat marin.
Anjakan Tambakan Pantai
  • Anjakan pembangunan dari garisan Mean High Water Spring (MHWS) hendaklah mematuhi tahap hakisan pantai seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu 20m bagi hakisan rendah, 30m bagi hakisan sederhana
Kajian Kejuruteraan
Tambakan Pantai
  • Hendaklah disokong oleh kajian proses pantai bagi memastikan kestabilan garis pantai tidak terjejas.
Tambakan Laut
  • Hendaklah disokong oleh kajian kejuruteraan pantai bagi menilai perubahan hidrodinamik kawasan dan kestabilan perairan sekitar.
Paras Tanah Tambakan Laut
  • Paras tanah bagi kawasan tambakan hendaklah ditetapkan pada tahap yang mencukupi bagi mengurangkan risiko banjir pantai serta mengambil kira potensi kenaikan paras laut.
  • Paras tanah minimum tambakan minimum 4m (13') dari Mean Sea Level (MSL) tertakluk kepada kajian kejuruteraan pantai dan kelulusan agensi teknikal berkaitan.
Kaedah Tambakan Pantai dan Laut
  • Kaedah pelaksanaan tambakan hendaklah ditentukan berdasarkan kajian kejuruteraan pantai dan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi teknikal berkaitan.