| Prinsip Penyediaan Kawasan Lapang |
- Pembangunan yang berkeluasan 2.0 ekar (0.8 hektar) dan ke atas perlu penyediaan kawasan lapang sebagaimana dasar penyediaan kawasan lapang iaitu 10% daripada keluasan tapak
- Manakala bagi pembangunan kurang daripada 2.0 ekar (0.8 hektar), perlu memperuntukkan lot permainan berkeluasan 0.16 ekar (0.06 hektar) dan jika tidak dapat disediakan secara fizikal, maka secara sukarela (melalui aku janji dan dipersetujui oleh PBT) permohon boleh memohon ianya digantikan dengan sumbangan fiskal (kewangan) dengan sama nilai tanah kawasan lapang yang perlu disediakan tersebut
- Pemohon tidak boleh menggunakan mutual agreement ini untuk menyaman PBT atau merayu kepada Lembaga Rayuan kerana berpendapat ianya sebagai satu syarat kebenaran merancang (atau syarat pembangunan). Sebaliknya, caruman ini sebagai tindakan sukarelanya menggantikan penyediaan kawasan lapang secara fizikal dengan kaedah fiskal (kewangan) yang wajib disediakan
|
| Perlaksanaan Caruman Kawasan Lapang |
- Dalam melaksanakan sumbangan kawasan lapang, PBT hendaklah terlebih dahulu merancang lokasi kawasan lapang yang terlibat supaya penyaluran pembangunan sumbangan (caruman) tersebut dilaksanakan secara fizikal
- Kawasan yang dikenalpasti hendaklah terletak di kawasan yang terlibat dengan sumbangan tersebut di mana keluasan adalah menepati hierarki kawasan rekreasi
- Selain itu, sumbangan (caruman) ini juga digunakan untuk pembangunan Kawasan-kawasan lapang dengan elemen-elemen kemudahan permainan seperti mana hierarki yang ditetapkan
|
| Pertimbangan Sumbangan Oleh PBT |
- Asas pertimbangan oleh PBT untuk sumbangan kawasan lapang adalah:
- Kawasan yang dikhaskan untuk kawasan lapang tidak sesuai kerana terlalu kecil untuk dijadikan kawasan lapang yang berfungsi dan bermanfaat
- Kawasan yang dikhaskan berbentuk accidental open space tidak sempurna. Ini disebabkan oleh lot pembangunan yang agak ganjil;
- Kawasan yang dikhaskan ditempatkan dikawasan yang tidak sesuai dalam cadangan yang dicadangkan atau terdapat masalah-masalah lain
- Keluasan lot pembangunan yang terlibat dalam garis panduan ini adalah kurang dari 2 ekar (0.8 hektar)
|
| Pengiraan Sumbangan (Caruman) |
- Kadar sumbangan = nilai semasa tanah/k.p. x bilangan unit yang terlibat x 326.7k.p (keluasan kawasan lapang yang setiap unit)
- Kadar sumbangan di bina berdasarkan:
- Nilai asas: iaitu nilai tanah siap ditambun
- Keluasan kawasan lapang perlu disedia: iaitu keluasan kawasan lapang secara sukarela dibayar bagi menggantikan keluasan tapak secara fizikal
- 326.7k.p adalah keluasan setiap unit pembangunan yang perlu menyumbang untuk kawasan lapang
|