| Keperluan Kawasan |
- Keperluan keluasan tanah bagi Loji Pengolahan Kumbahan (Sewage Treatment Plant, STP) adalah ditentukan berdasarkan jumlah penduduk setara (Population Equivalent, PE).
- Terdapat beberapa pengelasan loji yang disediakan mengikut keperluan penduduk setara, iaitu:
- Loji Kecil (rujuk Kelas 1 dan Kelas 2);
- Loji Mekanikal (Mechanised) (rujuk Kelas 3 dan Kelas 4); dan
- Keluasan kawasan yang dinyatakan bagi tujuan tapak Loji Pengolahan Kumbahan tidak termasuk kawasan zon penampan, yang hendaklah disediakan secara berasingan.
|
| Keperluan Tapak Loji Rawatan Sisa Kumbahan |
| Kelas 1 |
- Penduduk Setara / PE : 150 – 1,000PE
- Keperluan Tanah : 283m² – 1,016m²
|
| Kelas 2 |
- Penduduk Setara / PE : 1,001 – 5,000PE
- Keperluan Tanah : 963m² – 2,185m²
|
| Kelas 3 |
- Penduduk Setara / PE : 5,001 – 20,000PE
- Keperluan Tanah : 0.246 – 0.955Hektar
|
| Kelas 4 |
- Penduduk Setara / PE : 20,001- 49,999PE
- Keperluan Tanah : 0.836 – 1.560 Hektar
|
| Kelas - (Melebihi 50,000PE) |
- Penduduk Setara / PE : Melebihi 50,000PE
- Keperluan Tanah : Pengiraan keperluan luas tanah berdasarkan cadangan yang bersesuaian mengikut spesifikasi loji pengolahan kumbahan. Keperluan kajian lanjutan bagi penentuan tapak loji rawatan sisa kumbahan.
|
| Tapak |
- Keluasan yang dinyatakan tidak temasuk zon penampan disekeliling tetapi telah merangkumi jarak anjakan bangunan dan laluan di dalam kawasan loji
|
| Zon Penampan |
- Jadual dibawah merupakan zon penampan berdasarkan jenis pembangunan serta sistem loji rawatan sisa kumbahan yang digunapakai.
|
| Zon Penampan Loji Rawatan Sisa Kumbahan |
| Loji Terbuka |
Kediaman/Komersial Plot
Perindustrian
|
| Loji Bawah Tanah (Buried and covered) |
Kediaman dan Komersial
|
| Loji Rawatan sisa kumbaahan jenis tertutup |
Kediaman, komersial dan Perindustrian
|
| Zon Penampan Sistem Pam Rangkaian Loji Rawatan (NPS) |
| NPS Bawah Tanah (Buried and covered) |
Kediaman/Komersial Plot/ Perindustrian
|
| NPS Jenis Tertutup |
Kediaman/Komersial Plot/ Perindustrian
|
| Kriteria Penentuan Lokasi Loji Pengolahan Kumbahan |
- Tambahan Perkara bagi kawasan Zon A : Dalam JS-SEZ
- Satu Sistem Loji Rawatan Kumbahan Regional (RSTP) perlu disediakan bagi setiap kawasan tadahan di Zon A (JS-SEZ) atau kawasan berkepadatan tinggi.
- Sistem ini hendaklah mengintegrasikan rangkaian paip pembetungan dan Sistem Rangkaian Pam (NPS) secara bersepadu.
- Kawasan Tadahan (Catchment Area): Perancangan loji mestilah merangkumi keseluruhan kawasan tadahan, bukan hanya terhad kepada sempadan tanah pemaju sahaja.
- Sistem Graviti & Tekanan: Menentukan spesifikasi material paip, kedalaman, dan kecerunan bagi memastikan aliran kumbahan lancar tanpa limpahan.
- Penyambungan Masa Depan: Rangkaian paip harus direka bentuk dengan kapasiti yang mencukupi untuk menampung pembangunan masa hadapan di dalam kawasan tadahan yang sama.
- Bagi kawasan berkepadatan tinggi atau topografi yang mencabar, NPS adalah kritikal:
- Keperluan untuk menyediakan stesen pam perantara jika aliran graviti tidak dapat dicapai.
- Mensyaratkan penggunaan sistem pemantauan jarak jauh (SCADA) atau sistem amaran awal sekiranya berlaku kegagalan pam untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.
|
- Kriteria berikut hendaklah diambil kira dalam menentukan lokasi Loji Pengolahan Kumbahan:
- Loji hendaklah ditempatkan sejauh yang munasabah daripada premis berpenghuni bagi mengurangkan gangguan bau, bunyi dan kesan operasi kepada kawasan sekitar.
- Loji hendaklah ditempatkan di kawasan paling rendah dalam tadahan pembetungan bagi membolehkan aliran kumbahan ke loji berlaku secara graviti.
- Loji hendaklah ditempatkan berhampiran dengan sumber air penerima yang sesuai bagi pelepasan efluen terawat tanpa menjejaskan fungsi dan kualiti kawasan hilir.
- Loji hendaklah ditempatkan di kawasan yang rata atau mempunyai kecerunan minimum bagi membantu pengaliran kumbahan dan efluen secara semula jadi.
- Bentuk dan konfigurasi tapak yang dipilih hendaklah mengoptimumkan penggunaan tanah serta meminimumkan kawasan yang tidak boleh digunakan.
- Loji tidak dibenarkan ditempatkan di kawasan yang berpotensi menimbulkan masalah operasi jangka panjang atau mempercepatkan kemerosotan aset.
- Loji hendaklah mempunyai akses jalan masuk yang sesuai dan selamat bagi tujuan operasi, penyelenggaraan dan kecemasan.
- Loji hendaklah ditempatkan jauh daripada lokasi berikut:
- Perkuburan sedia ada dan rizab perkuburan yang telah digazetkan;
- Pusat keagamaan; dan
- Premis makanan dan tempat makan.
- Loji hendaklah ditempatkan di kawasan yang membolehkan paip pengolahan disambungkan atau disalurkan dengan mudah ke tapak cadangan.
- Sekiranya loji sementara perlu disediakan, loji tersebut hendaklah ditempatkan berhampiran dengan paip pengolahan awam.
- Sebagai langkah keselamatan, loji hendaklah ditempatkan jauh daripada padang permainan kanak-kanak.
|
| Pengiraan Penduduk Setara (PE) |
| Kediaman |
- 4 PE setiap unit
- 450kp : 2PE
- <699kp : 3PE
|
| Industri |
|
| Institusi |
Hospital
- 5 PE setiap katil / 3PE per 100m²
Sekolah
- 0.2 PE setiap pelajar / 1PE bagi pelajar menetap.
Rehab
Rumah Pekerja
|
| Masjid |
|
| Hotel |
|
| Pasar |
Pasar Basah
Pasar Kering
|
| Klinik |
|
| Steen minyak |
|
| Gudang |
|
| Stadium |
|
| Kompleks Sukan |
|
| Tandas Awam |
|
| Tapak Khemah |
|
| Tapak RV |
|
| Lapangan Terbang |
- 0.2 PE per Penumpang / 0.3PE per pekerja
|
| Dobi |
|
| Padang Golf |
|
| Lebuhraya (RnR) |
|
| Lain-lain |
|
| Pengurusan Air Terawat bagi pembangunan industri |
- Sistem rawatan efluen di kawasan perindustrian perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh SPAN dan JAS. (Memastikan kualiti air yang dirawat mematuhi Standard A atau Standard B di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. )
- Industri wajib mengenal pasti jenis bahan cemar (chemical/organic) sebelum dialirkan ke sistem rawatan.
- Rawatan Awal (Pre-treatment): Setiap unit industri perlu melakukan rawatan awal jika efluen mengandungi bahan kimia berbahaya sebelum dilepaskan ke sistem pembetungan utama.
- Pemantauan secara berkala atau berterusan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pelepasan efluen sentiasa berada dalam tahap terkawal.
- Protokol Pemantauan Berkala :
- Pemantauan Dalaman (Internal Monitoring): Pemeriksaan harian terhadap parameter kritikal seperti pH, suhu, dan kadar alir.
- Ujian Makmal (Sampling): Pengambilan sampel secara berkala (mingguan/bulanan) untuk dianalisis oleh makmal bertauliah bagi parameter BOD, COD, TSS, dan logam berat.
- Sistem Pemantauan Berterusan (CEMS): Pemasangan alat sensor automatik untuk pemantauan masa nyata (real-time) bagi industri berisiko tinggi.
- Kawalan Pelepasan & Pelan Kecemasan :
- Integriti Pelepasan: Memastikan titik pelepasan akhir (final discharge point) sentiasa dalam keadaan baik dan boleh diakses oleh pegawai penguatkuasa.
- Sistem Amaran Awal: Memasang sistem penggera sekiranya berlaku kegagalan fungsi loji bagi mengelakkan pelepasan sisa yang tidak dirawat ke punca air (sungai/parit).
- Log Rekod: Menyimpan rekod pemantauan dan penyelenggaraan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk tujuan audit oleh JAS atau SPAN.
- Pengurusan enap cemar (sludge) yang dihasilkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
|