Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B9 · Pengangkutan, Infrastruktur & Utiliti

PU02-7 Tempat Letak Kenderaan Elektrik (EVCB)

B9-56

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Lokasi Perletakan Dibenarkan
Pembangunan Sedia Ada
  • AC (≤ 22 kW): Luar bangunan, aras bumbung terbuka/unenclosed, dan semua aras dalam bangunan termasuk bawah tanah .
  • DC (> 22 kW): Luar bangunan, aras bumbung terbuka/unenclosed. Dalam bangunan terhad di aras tanah, aras 1-4, dan aras bawah tanah (Basement 1-3).
Pembangunan Baru
  • Peraturan lokasi adalah sama seperti Pembangunan Sedia Ada.
Bilangan Petak (Keperluan Minimum)
Pembangunan Sedia Ada
  • Penyediaan EVCB bagi kategori ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan
  • TLK yang dijadikan EVCB tidak perlu diganti dengan TLK baharu.
Pembangunan Baru
  • Perumahan Bertanah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan.
  • Strata Berbilang Tingkat & Komersial/Institusi: Minimum 2% EVCB dari jumlah keseluruhan TLK (di TLK pelawat/persendirian) .
  • Digalakkan minimum 1 EVCB guna sama OBK dan 1 EVCB motosikal elektrik.
Dimensi Saiz Petak
Pembangunan Sedia Ada
  • Mengikut saiz TLK sedia ada di tapak
Pembangunan Baru
  • Standard: Minimum 2.500m x 6.000m
  • Guna Sama OBK: Minimum 3.500m x 6.000m .
  • Bas: 3.000m x 12.000m (Bas mini: 3.000m x 7.500m)
  • Lori: 3.000m x 6.000m (Kecil), 4.000m x 15.000m (Besar), 4.000m x 18.000m (Treler).
Spesifikasi Pengasingan dan Keselamatan Kebakaran
Jarak Pengasingan Api (Luar Bangunan & Bumbung Terbuka
  • AC & DC: Jarak pengasingan minimum 2.500m pada kiri dan kanan EVCB. Boleh terdiri daripada laluan pejalan kaki, rizab jalan, dan penanaman perimeter (perimeter planting). Perletakan digalakkan secara berkelompok
Jarak Pengasingan Api (Dalam Bangunan)
  • AC: Minimum 2.500m kiri dan kanan EVCB .
  • DC (Keluasan > 216m²): Wajib bina dinding pengasing api (fire separating wall) minimum 1.500m tinggi dengan ketahanan api sekurang-kurangnya 2 jam
  • DC (Keluasan < 216m²): Jarak pengasingan 5.000m pada kiri dan kanan atau dinding pengasing api 1.500m (ketahanan 2 jam).
Jarak Dari Sumber Air Bomba
  • Dalam Bangunan & Bumbung Terbuka: Tidak melebihi 30m daripada landing valve untuk wet riser atau dry riser (bagi EVCB baharu AC & DC, dan sedia ada DC) .
  • Luar Bangunan / R&R / Stesen Minyak: Tidak melebihi 90m dari pili bomba.
Sistem Semburan Automatik / Pengesan Haba
  • DC (Aras Tanah ke Atas): Wajib ada sistem pengesan kebakaran jenis haba atau multi-sensor jika bangunan tiada sistem semburan automatik .
  • DC (Aras Bawah Tanah 1-3): Wajib sediakan sistem semburan automatik, water mist system, deluge system, atau water monitor secara berterusan.
Suis Pengasingan Elektrik Utama (Main Isolation Switch)
  • Wajib untuk kegunaan awam. Terletak sekurang-kurangnya 3.000m dan tidak lebih 15.000m dari EVCB/EVCP. Ketinggian 0.800m hingga 1.200m dari lantai dan dihubung dengan fireman switch. Jika jarak < 3.000m, suis tambahan pada jarak 3.000m – 15.000m wajib disediakan. Boleh dikongsi oleh beberapa EVCP
Vehicle Fire Blanket (VFB)
  • Keperluan 1 hingga 10 unit EVCB memerlukan 1 unit VFB
  • 11 hingga 20 EVCB: 2 unit VFB. Tambahan 1 VFB untuk setiap 10 EVCB seterusnya. Disimpan di Bilik Fire Command Center (FCC) atau pondok pengawal. Tiada keperluan VFB di luar bangunan/bumbung terbuka.
Sistem Pembekalan Tenaga
  • Sumber bekalan tenaga mestilah menggunakan sambungan bekalan elektrik yang tetap dan stabil.
  • Adalah disyorkan agar bekalan tenaga elektrik diintegrasikan dengan sistem tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.
Stesen Minyak
  • Kedudukan EVCB mestilah sekurang-kurangnya:
  • 12.000m dari refilling points dan vent pipe .
  • 8.000m dari unit fuel dispenser .
  • 6.000m dari kawasan letak lori tangki (designated oil tanker parking) .
  • Tiada sambungan elektrik lain pada ketinggian 0.500m dari aras lantai di zon pengecasan
  • Pemasangan Elektrik: Tidak dibenarkan terdapat sebarang sambungan atau pemasangan elektrik lain di dalam kawasan pengecasan EV yang berada pada jarak ketinggian 0.500m dari aras lantai .
  • Bukaan Bangunan: Stesen pengecasan EV hendaklah tertutup sepenuhnya melainkan bukaan tersebut terletak sekurang-kurangnya 1.000m di atas paras lantai.
Penandaan Keselamatan (Stesen Minyak & R&R)
  • Jarak pengasingan 2.500m di kiri dan kanan EVCB wajib ditandakan dengan lorekan (hatching) berwarna kuning dan dipasang dengan parking barrier untuk menghalang sebarang aktiviti