Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B1 · Perumahan

PR10 Pangsapuri

B1-46 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Saiz Lot (Minimum)
  • 0.2 hektar (0.5 ekar)
  • 0.4 hektar (1 ekar)
  • 0.8 hektar (2 ekar)
Luas Ruang Lantai (Minimum)
  • ≥850 kaki persegi
Bilangan Bilik (Minimum)
  • 3 Bilik
Kawasan Tepu Bina (Maksimum)
  • 60% daripada keluasan
Kepadatan (Maksimum)
  • 100 unit/ekar

Nota: Kepadatan juga tertakluk RT/ RKK

  • 80 unit/ekar
  • 60 unit/ekar
  • 60 unit/ekar
  • 40 unit/ekar
Anjakan Bangunan (Minimum)
Anjakan ke rizab jalan
  • 7.500m @ 30% daripada ketinggian bangunan (pilih yang mana lebih besar dan maksimum adalah 15.240m (50 kaki);
  • Sekiranya pangsapuri berkenaan menghadap rizab jalan dengan sudut lencongan melebihi 30 darjah dari garisan selari, anjakan bangunan dikehendaki 25% ketinggian bangunan atau 7.500m. (Pilih yang mana lebih besar dan maksimum adalah 15.240m (50 kaki);
Anjakan depan bangunan ke sempadan lot
  • 4 tingkat pertama 7.500m;
  • Tambahan 0.500m bagi setiap tingkat seterusnya @ maksimum 15.240m.
Belakang/ Sisi ke sempadan Lot dengan tingkap
  • 4 tingkat pertama 4.000m;
  • Tambahan 0.500m bagi setiap tingkat seterusnya @ maksimum 12.192m.
Jarak Antara Bangunan (Minimum)
Bangunan Sama Tinggi
Hadapan dengan Hadapan
  • 24.384m (80’)
Sisi dengan Hadapan
  • 12.192m (40’)
Belakang dengan Belakang
  • 12.192m (40’)
Sisi dengan Sisi
  • 9.144m (30’)
Anjakan bawah tanah (Basement)
  • 3.048 m (10’)
Bangunan Tidak Sama Tinggi
  • Rujuk formula penentuan jarak antara bangunan tidak sama tinggi

Nota: J = H / Tan 60°. J = Jarak bangunan; H = Ketinggian bangunan

Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • 100 unit kediaman = 1unit kediaman OKU (1:100)
  • Memastikan rumah untuk golongan OKU ditempatkan di aras bawah bangunan perumahan berbilang tingkat dengan piawaian penyediaan tertentu.
  • Rujuk KM 19 – Piawaian Kemudahan Golongan Kelainan Upaya.
Tanah Lapang & Rekreasi / Landskap
  • 10% dikira daripada luas kawasan tapak
  • 7% tanah lapang berfungsi.
  • 3% termasuk perimeter planting, zon penampan, rizab-rizab utiliti, landskap antara tingkat/ atas bangunan dan lain-lain kawasan yang tidak dimanfaatkan.
Kawasan Lapang Berkongsi (Communal Open Space)
  • Kawasan yang dikira sebagai kawasan lapang berkongsi (Communal Open Space)
  • Kebun dan kawasan landskap dalam luas tapak bersih untuk keselesaan penghuni kondominium/ pangsapuri;
  • ‘Pavilion’ terbuka dan tempat-tempat berteduh;
  • Kolam mandi, bilik persalinan dan tandas;
  • Tapak permainan berpasir, pancuran air dan lain-lain kemudahan rekreasi.
  • Kawasan ini tidak termasuk
  • tempat letak kereta berteduh dan tidak berteduh;
  • Jalan dan lorong
  • Pencawang elektrik;
  • Tangki najis;
  • tempat pembuangan sampah dan lain-lain kawasan perkhidmatan.
Kemudahan Sokongan
  • Pejabat pengurusan
  • Ruang solat/ musolla berasingan lelaki dan perempuan minimum 3.000m x 4.000m setiap satu dan lengkap dengan tempat wuduk dan arah kiblat tidak menghadap pintu masuk.
  • Ruang komuniti/ serbaguna
  • Lot permainan kanak-kanak
  • Ruang peti pos
  • Rumah sampah
  • Tadika/ taska
  • Nota : Lain-lain keperluan selaras dengan PBT
Laluan Keluar Masuk
  • Laluan terus antara Skim Perumahan Komuniti Strata (SPKS) perlu disediakan sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk.
  • Bagi pintu masuk berpalang kelegaan ketinggian hendaklah tidak kurang dari 4.600m (0.15’) diukur dari aras akses jentera bomba. Kiraan 4.000m (0.15’) bermula dari halangan pertama pagar pos sehingga halangan minimum 4.600m (0.15’) kelegaan tinggi.
  • Perancangan pembangunan Skim Perumahan Komuniti Strata (SPKS) perlu memastikan laluan masuk ke kawasan lot lapisan kedua tidak terhalang.
  • Rujuk lakaran halaman B1-60
tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 2 TLK/ 1 unit kediaman + 20% dari jumlah unit kediaman untuk pelawat
TL Motosikal
  • 1 TLM/ 2 unit kediaman
TL Kereta OBK
  • 2% daripada jumlah TLK dengan kemudahan ramp.
TL EVCB
  • Perlu penyediaan EVCB bagi setiap pembangunan.
  • Minimum 2% EVCB daripada jumlah keseluruhan TLK
  • Minimum 1 EVCB di petak TLK pelawat
  • Minimum 1 EVCB untuk motosikal

Nota: * Perlu dirujuk bersama Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) Johor, 2030

Kehijauan dan Keselamatan
  • Pelaksanaan kejiranan hijau bagi setiap pembangunan melalui:
  • Mewajibkan pemasangan SPAH yang mempunyai bumbung ≥ 100m²
  • Menggalakkan penerapan tenaga (solar), sisa pepejal (kitar semula) dan sisa makanan (pengkomposan)
  • Menggalakkan persekitaran hijau iaitu menyediakan kawasan hijau berlandskap
  • Penerapan reka bentuk bandar selamat melalui Prinsip CPTED