Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B2 · Komersial

KS12 Hotel Apartment

B2-64 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Saiz Lot (Minimum)
  • 1 Ekar (0.4 hektar) bagi semua zon A kecuali zon A1 : 0.5 ekar (0.2 hektar)
  • 1.0 ekar (0.4 hektar)
Luas Ruang Lantai
  • Unit Studio/1 Bilik+ 1 Bilik Air : Minimum 450kp.
  • Unit 2 Bilik + 2 Bilik Air : Minimum 650kp.
  • Unit 3 Bilik Ke Atas + 2 Bilik Air : Minimum 850kp.
  • Saiz bilik dan ruang dalaman setiap unit yang disediakan hendaklah mematuhi ukuran piawaian yang sesuai bagi tujuan penginapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS 1984)
Bilangan Tingkat
  • Tertakluk kepada RT dan RKK
Nisbah Plot
  • Tertakluk kepada RT dan RKK
Kawasan Plinth
  • Tidak melebihi 60% daripada keluasan tapak.
Anjakan Bangunan (Minimum)
Hadapan
  • 12.192m (40’) termasuk 2.0 m berlandskap

Nota: * Keperluan anjakan bangunan dan ‘plinth area’ bagi saiz tapak 0.5 ekar dan 1 ekar yang dibenarkan bagi kawasan MBJB adalah tertakluk kepada mengikut kesusaian gunatanah persekitaran

  • 12.192m (40’)
Tepi
  • 6.096m (20’)
Belakang
  • 6.096m (20’)
  • 12.192m (40’)
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan/ Tempatan
  • 15.240m (50’)
  • 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan

Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’)
Bukaan Laluan Keluar Masuk
  • 7.315m (24’) – bukaan keluar dan masuk (2 hala)
  • 6.096m (20’) - bukaan keluar dan masuk (1 hala)
Tempat Letak Kenderaan
Ruang Niaga
  • 1 TLK / 25mp ruang lantai kasar
Pejabat
  • 1 TLK / 46.451mp (500kp) ruang lantai kasar
  • Tambahan 20% petak TLK untuk pelawat dari jumlah keseluruhan
TL Kereta
  • 1 TLK (450kp)
  • 2 TLK (650Kp- 850Kp)

Nota: * Tambahan 20% TLK untuk kegunaan pelawat daripada jumlah TLK

Nota: * TL Kereta bagi penyewa boleh disediakan di bahagian hadapan atau di dalam bangunan dan basement

Nota: * 20% dari jumlah keseluruhan bilangan TL Kereta di bahagian hadapan bangunan hendaklah berbumbung

TL Kereta EVCB
  • Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
  • Sekurang-kurangya 4% EVCB (Strata), 2% (Bukan Strata) perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 25 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 10 hingga 25 unit.
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat

Nota: * Keperluan TL Kereta EVCB merujuk kepada Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030

  • Majlis Perbandaran /Majlis Daerah
  • Sekurang-kurangya 2% EVCB perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 50 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 20 hingga 50 unit
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK, diletakkan berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing
  • Digalakkan 1 unit TL Kereta EVCB untuk OBK disediakan
TL Motorsikal
  • 20% daripada jumlah keseluruhan TLK
  • Digalakkan minimum 1 unit TL Motorsikal EVCB disediakan
TL Bas
  • 1 petak disediakan secara berasingan daripada petak kereta penyewa
  • Menyediakan laluan lay-by bagi Kawasan zon pick-up & drop-off on syarat tidak mengganggu aliran trafik utama.
Tempat menunggu Teksi/ E-Hailing (kereta)
  • Menyediakan zon pick-up & drop-off E-Hailing yang berasingan daripada pintu masuk utama
  • Jarak maksimum dicadangkan: 30–50m dari pintu masuk utama
  • Lebar lorong minimum: 3.0m
  • Panjang hentian mencukupi untuk sekurang-kurangnya 5 kenderaan pada satu masa (bergantung saiz pembangunan)
  • Disediakan bumbung berbumbung (covered walkway) ke pintu masuk.
  • Dilengkapi papan tanda dan penandaan jalan yang jelas
Kawasan hijau dan Jaluran hijau (Perimeter Planting)
  • 3% - atas tanah.
  • 7% - Agihan (bertingkat/atas podium)
Semua zon
  • 10% kawasan lapang berfungsi
  • Menyediakan jaluran hijau selebar 3.048m (10’) keliling lot

Nota: * Jaluran tanaman tersebut hendaklah berfungsi sebagai zon landskap penampan dan boleh digabungkan dengan landskap kejur, lembut dan laluan pejalan kaki, perabot taman yang perlu diperincikan di dalam pelan landskap

  • 7% - atas tanah.
  • 3% - Agihan (bertingkat/atas podium)
Semua zon
  • 10% kawasan lapang berfungsi
  • Menyediakan jaluran hijau selebar 3.048m (10’) keliling lot
Zon Menunggu & Pengambilan Pesanan
  • Kawasan khas Berhampiran pintu masuk bangunan / reception
  • Tidak mengganggu pintu masuk utama bangunan
  • Tidak berada di laluan kecemasan atau laluan bomba.
  • Menyediakan 10 petak motorsikal untuk meletakkan kenderaan motorsikal sementara
  • Lebar minimum 1.2 meter bagi setiap petak dan laluan keluar masuk yang jelas.
  • Dilengkapi papan tanda dan penandaan jalan yang jelas.
Kemudahan Sokongan
Kemudahan OKU
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya
  • Mematuhi Reka Bentuk Sejagat (Universal Design),2011
Rumah Sampah
  • Diletakkan di kawasan yang terlindung dari pandangan awam
  • Dilandskapkan bagi menghindari bau
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pembangunan perlu mematuhi sebagaimana :
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui Prinsip CPTED
  • Peletakan pili bomba hendaklah memenuhi keperluan jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Perlu dirujuk Bersama
  • Garis Panduan Perancangan Kawasan Perdagangan JPBD Semenanjung Malaysia, 2016
  • Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030
  • GP Kejiranan Hijau, 2012
  • Mematuhi Reka Bentuk Sejagat (Universal Design), 2011