Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B4 · Institusi & Kemudahan Masyarakat

KM03-3 Sekolah Menengah / Rendah Vertikal

B4-37 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Saiz Tapak (Minimum)
  • 6 ekar (2.43 hektar)
Bilangan Tingkat (Maksimum)
  • 8 Tingkat (Disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia)
Kawasan Tepu Bina (Maksimum)
  • 60% daripada keluasan tapak pembangunan
Bilangan Murid/ Bilik Darjah
  • 18 Bilik Darjah/ 30 murid bagi 1 bilik darjah
Anjakan Bangunan (Minimum)
Hadapan
  • 12.192m (40’)
Tepi
  • 6.096m (20’)
Belakang
  • 6.096m (20’)
Bawah Tanah (Basement)
  • 1.5m (4.92’)
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan
  • 20.116m (66’)
Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’) – Sehala

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan sebagaimana Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Dan Penggalian Jalan (2011)

Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 1 petak TLK/ 2 kakitangan
  • Tambahan 10% daripada jumlah keseluruhan TLK untuk pelawat
TL Kereta EVCB
  • Digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya 2 petak TLK EVCB
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK (lokasi berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing)
TL Motosikal
  • 20% daripada jumlah keseluruhan pelajar

Nota: * Bagi penyediaan tempat letak kenderaan bertingkat perlu merujuk kepada Garis Panduan Tempat Letak Kenderaan PlanMalaysia

Ruang Lay-by
  • 15.24m (50’)
  • 2 ruang lay-by bas disediakan di lokasi yang bersesuaian berhampiran pintu utama sekolah (Minimum 4m x 12m setiap ruang)
  • Zon kenderaan ibu bapa/ penjaga berasingan dari laluan pejalan kaki dan bas sekolah untuk keselamatan
Kemudahan OKU
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya dan Golongan Istimewa dan mematuhi Universal Design Guidelines.
Kesesuaian untuk Pembangunan vertikal
  • Tapak kemudahan pendidikan hendaklah berasingan daripada tapak/ plot
  • Tapak pembangunan sekolah vertikal bagi sekolah menengah dan sekolah rendah boleh berada dalam plot tanah yang sama dengan pembangunan lain, namun perlu berpagar bagi mewujudkan sempadan pemisah secara fizikal
  • Akses masuk ke sekolah hendaklah berasingan daripada pembangunan lain
Kawasan Hijau dan Jaluran Hijau (Perimeter Planting)
  • Penyediaan Parameter Planting bagi kemudahan awam adalah digalakkan dan termasuk dalam jarak anjakan bangunan
Kemudahan Sokongan
  • Gelanggang Serba Guna Terbuka Berbumbung (GSTB).
  • Rusng solat
  • Pondok pengawal
  • Pondok polis
  • Laluan pejalan kaki berbumbung
  • Perpustakaan
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pelaksanaan kejiranan hijau bagi setiap pembangunan melalui pendekatan:
  • Menggalakkan pemasangan SPAH yang mempunyai bumbung ≥100mp
  • Menggalakkan penerapan solar (tenaga), kitar semula (sisa pepejal) dan pengkomposan (sisa makanan)
  • Menggalakkan persekitaran hijau dengan menyediakan kawasan hijau berlandskap
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui prinsip CPTED
  • Keperluan peletakan pili bomba yang memenuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat

Nota: * Garis panduan ini perlu dirujuk bersama dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terbaru

Nota: * Garis panduan ini perlu dirujuk Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat 2022, PLANMalaysia

Nota: * SPAH hendaklah merujuk sepertimana Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan), 2012