Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B10 · Alam Sekitar & Risiko Bencana

AS04-05 Dataran Banjir dan Tanah Lembap

B10-73

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Garis Panduan Umum
Zon Saluran Dataran Banjir (Floodway)
  • Saluran sungai dan tanah bersempadan yang diperlukan untuk menampung discharge pada tahap banjir tertentu.
  • Rizab sungai utama perlu dikenal pasti mengikut Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, JPS dan tiada pembinaan struktur tetap dibenarkan di rizab sungai.
  • Kawasan dataran banjir sungai utama perlu dikenal pasti berdasarkan Peta Hazard Banjir dengan pengintegrasian model hidraulik, hidrologi dan GIS. Peta banjir berpandukan kejadian banjir lampau juga boleh digunakan jika tiada Peta Risiko Banjir. Walau bagaimanapun Peta Banjir berdasarkan kejadian banjir lampau ini tidak mengambil kira kejadian banjir yang lebih besar yang mungkin akan berlaku.
  • Pembangunan sedia ada di kawasan dataran banjir hendaklah dipindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat, atau kaedah pengalisan banjir digunakan seperti dinding tebatan banjir, bahan binaan yang tahan reput dan building codes berdasarkan keperluan tempat berkenaan
  • Mengutamakan langkah-langkah bukan berstruktur seperti mengenakan pengalisan banjir untuk bangunan, perancangan amaran banjir dan pemindahan, pengezonan, dan kawalan pembangunan yang bersesuaian.
  • Mengadakan pembinaan struktur seperti flood mitigation dam, tetambak, lintasan banjir (by pass floods), memperbaiki saluran air keluar dan membentuk takungan air sebagai pilihan kedua sekiranya langkah-langkah bukan struktur kurang berkesan.
  • Guna tanah terhad kepada pertanian, taman, kawasan terbuka, kawasan tempat letak kereta terhad dan penstoran yang sedia ada.
  • Pembangunan yang terlibat dengan pelupusan, penyimpanan, perawatan dan pembuatan bahan-bahan yang merbahaya tidak dibenarkan.
  • Pembangunan yang melibatkan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, kemudahan taska, balai polis dan balai bomba tidak dibenarkan.
Pinggir Dataran Banjir (Flood Fringe
  • Kawasan yang bersempadan dengan zon saluran banjir.
  • Kawasan yang dibanjiri air semasa kejadian banjir tetapi tidak mengalami pengaliran arus yang deras.
  • Guna tanah dibenarkan dengan syarat ia dilindungi dari ancaman banjir atau tertakluk kepada keperluan peraturan untuk tempat kediaman, komersial dan pemuliharaan.
  • Aktiviti rekreasi dibenarkan dengan kawalan kebersihan alam sekitar dan banjir yang ketat.
  • Pembangunan baru hanya boleh dipertimbangkan di zon flood fringe dengan syarat :
  • Langkah-langkah menghadapi risiko bencana banjir telah dibuat.
  • Risiko bencana banjir yang baru tidak akan wujud manakala risiko bencana banjir sedia ada tidak memberi kesan yang lebih buruk.
  • Tidak ada impak alam sekitar yang nyata.
  • Mempunyai maklumat mencukupi bagi permohonan pembangunan yang telah dicadangkan terpelihara dari kesan banjir 100 tahun.
  • Mengemukakan Pelan Pengurusan Risiko Banjir yang disahkan oleh Jurutera Profesional dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelan berkenaan.
  • Pembangunan yang melibatkan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, kemudahan taska, balai polis dan balai bomba tidak dibenarkan
Zon Luar Dataran Banjir
  • Kawasan yang berfungsi sebagai kolam takungan semula jadi air larian ribut (flood storage) seperti hutan paya laut dan hutan paya gambut perlu dipulihara dan dipelihara untuk mengekalkan keseimbangan dataran banjir.
  • Semua pembangunan perlu mematuhi keperluan MSMA dan juga kawalan hakisan dan kelodak (Erosion and Sediment Control Plan - ESCP) terutamanya dalam menyediakan kawalan di punca iaitu kawalan kuantiti, kualiti air dan juga pelan hakisan dan sedimen.
  • Semua tapak letak kenderaan perlu menggunakan permukaan telap air.
  • Semua pembangunan perindustrian baru perlu menyediakan SPAH dan mempertimbangkan keperluan OSD.
  • Semua pembangunan perlu mempunyai kemudahan pengolahan kumbahan yang dilengkapi dengan sistem rawatan sebelum dialirkan keluar.
  • Pembangunan perindustrian mesti dilengkapi dengan kemudahan pelupusan sisa dan bahan buangan industri.
Mengenal pasti Dan Memelihara Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa
  • Kawasan tanah lembap mempunyai ciri-ciri unik yang berkepentingan antarabangsa dan mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi perlu dikenal pasti dan dizonkan
  • Tanah lembap berkepentingan antarabangsa perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh National RAMSAR Information Toolkit: A Resource Toolkit for Wetland Managers and Planners (NRE 2001).
Pemeliharaan Kawasan Tanah Lembap
  • Kawasan tanah lembap yang dikenal pasti dan dizonkan perlu diletakkan papan tanda untuk melarang pencerobohan.
  • Sebarang pembangunan atau penukaran guna tanah kawasan tanah lembap yang berkepentingan tidak dibenarkan terutamanya untuk pertanian atau penternakan akuakultur kecuali aktiviti ekopelancongan berimpak rendah dan penyelidikan
  • Struktur binaan untuk aktiviti ekopelancongan dan penyelidikan adalah terhad kepada pembinaan pelantar (boardwalk) atau bangunan kayu atas permukaan air yang tidak mengganggu ekosistem semula jadi tanah lembap
  • Reka bentuk struktur binaan seperti bangunan kayu perlu diselaraskan dengan keadaan persekitaran tanah lembap tersebut.
  • Program pemuliharaan perlu dijalankan untuk memulihara kawasan tanah lembap yang sudah terganggu dan terosot (degraded).
  • Tapak masuk ke kawasan tanah lembap seperti pejabat urus setia dan tempat letak kereta hendaklah dibina di luar zon penampan.
  • Pelan pemantauan paras air perlu dijalankan di kawasan tanah lembap untuk memastikan paras air sentiasa berada pada paras optimum semasa musim hujan dan musim kemarau.
Zon Penampan Tanah Lembap
  • Zon penampan selebar 1 km hendaklah disediakan di sekitar tanah lembap yang telah dizonkan tersebut.
  • Tanaman yang memerlukan perparitan tidak dibenarkan ditanam di dalam zon tersebut.
  • Pembangunan struktur kekal atau akuakultur tidak dibenarkan di kawasan zon penampan kecuali kegiatan perhutanan-sosial (Social forestry).
  • Semua pembangunan yang berlaku di luar zon penampan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat dan GP sedia ada.
  • Semua pembangunan mesti mengadakan kemudahan pembetungan najis yang dilengkapi dengan sistem perawatan yang mematuhi Standard A Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 sebelum dialirkan keluar.
Garis Panduan Khusus
Kawasan Tanah Lembap
Tanah Lembap yang telah dizonkan
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1

Nota: Nota (Tahap kesensitifan):

Nota: * KSAS Tahap 1 : Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan Pendidikan

Nota: * KSAS Tahap 2 : Tiada pembangunan atau pertanian dibenarkan. Pembalakan secara mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

Nota: * KSAS Tahap 3 : Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Tiada aktiviti dibenarkan
Syarat
  • -
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembalakan
  • Pertanian
  • Akuakultur
Zon penampan 1km sekitar tanah lembap yang dizonkan
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 2
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Rekreasi, Utiliti, Perhutanan, Sosial (Social Forestry)
Syarat
  • Penyediaan pelan pengurusan alam sekitar. Mengikut GP Jabatan Perhutanan
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembangunan struktur kekal
  • Pertanian
  • Akuakultur
Catatan/ Garis Panduan
  • Struktur binaan untuk aktiviti ekopelancongan dan penyelidikan adalah terhad kepada pembinaan pelantar (boardwalk) atau bangunan kayu yang dibina di atas permukaan air.
Hutan Paya Laut
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Rekreasi, Utiliti, Perhutanan, Sosial (Social Forestry)
Syarat
  • Penyediaan pelan pengurusan alam sekitar. Mengikut GP Jabatan Perhutanan
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Semua aktiviti
Catatan
  • Struktur binaan untuk aktiviti ekopelancongan terhad kepada pembinaan pelantar (boardwalk).
  • Akitiviti penyelidikan terhad kepada impak rendah dan tidak melibatkan kemusnahan kawasan hutan laut.
Hutan Paya Gambut
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Rekreasi, Penyelidikan, Ekopelancongan
Syarat
  • Penyediaan pelan pengurusan alam sekitar terutamanya untuk pengurusan paras air bawah tanah gambut dan di sekeliling zon penampan
Aktiviti tidak dibenarkan
  • emua aktiviti terutamanya aktiviti perparitan
Catatan
  • awasan tanah gambut perlu dikenal pasti sebelum sebarang aktiviti dijalankan ke atas kawasan tersebut.
  • Zon penampan perlu diwujudkan di sekeliling kawasan tanah gambut sekurang-kurangnya 1km.
  • Aliran air permukaan dan air bawah tanah perlu dikenal pasti dan pelan pengurusan sumber air perlu disediakan.
Banjir
Zon Saluran Dataran Banjir
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1

Nota: Nota (Tahap kesensitifan):

Nota: * KSAS Tahap 1 : Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan Pendidikan

Nota: * KSAS Tahap 2 : Tiada pembangunan atau pertanian dibenarkan. Pembalakan secara mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

Nota: * KSAS Tahap 3 : Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Rekreasi
Syarat
  • Struktur kekal tidak dibenarkan.
  • Mematuhi MSMA dan kajian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM), JPS.
  • Sebarang perubahan bentuk muka bumi tidak menambah risiko banjir sedia ada
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembangunan berstruktur di kawasan rizab sungai tidak dibenarkan dan perlu mengikut MSMA / GP Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, JPS.
  • Pembangunan yang terlibat dengan pelupusan, penyimpanan, perawatan dan pembuatan bahan-bahan yang berbahnya.
  • Pembangunan perkhidmatan awam seperti polis, bomba atau hospital.
Catatan
  • Mengutamakan langkah-langkah bukan berstruktur seperti mengenakan flood proofing untuk bangunan sedia ada, perancangan amaran banjir dan pemindahan, pengezonan, dan kawalan pembangunan.
  • Mengadakan pembinaan struktur seperti flood mitigation dam, tetambak, lintasan banjir (by-pass floods), memperbaiki saluran air keluar dan membentuk takungan air sebagai pilihan kedua sekiranya langkah-langkah bukan berstruktur kurang berkesan.
Banjir
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 2
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Aktiviti rekreasi.
  • Pembangunan baru hanya boleh dipertimbangkan di zon flood fringe apabila mematuhi syarat-syarat yang dikehendaki
Syarat
  • Kawalan kebersihan alam sekitar dan banjir yang ketat.
  • Langkah-langkah menghadapi risiko bencana banjir telah dibuat
  • Risiko bencana banjir yang baru tidak akan wujud manakala risiko bencana banjir sedia ada tidak dimudaratkan lagi
  • Tidak ada impak alam sekitar yang nyata
  • Berupaya untukmembolehkan kenderaan dan manusia bergerak dengan selamat ketika masuki dankeluar dari zon tersebut apabila berlakunya banjir, hakisan dan lain lain kecemasan
  • Adanya maklumat yang mencukupi menyusuli permohonan yang menujukkan pembangunan yang dicadangkan dipelihara oleh kelas banjir 100 tahun
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembangunan yang melibatkan kemudahan sosial atau kecemasan seperti hospital, dan sekolah.
Catatan
  • Kawasan yang berfungsi sebagai kolam takungan semula jadi seperti hutan paya laut dan hutan paya gambut perlu dipulihara untuk mengekalkan keseimbangan dataran banjir.