| Kategori Ketinggian Tanah |
| Tanah Rendah (Pamah) |
- Kawasan yang berada <150m dari aras laut (EPU,2002)
|
| Tanah Bukit |
- Kawasan yang berada pada ketinggian di antara 150m - 300m dari aras laut (EPU, 2002)
|
| Tanah Tinggi |
- Kawasan tanah tinggi ditafsirkan sebagai tanah yang mempunyai kedudukan >300m dan <1,000m dari aras laut
|
| Gunung |
- Kawasan gunung ditafsirkan sebagai tanah yang mempunyai
- kedudukan >1,000m dari paras muka laut
|
| Lereng/ Cerun |
- Kawasan yang melibatkan lereng bukit berkecerunan lebih atau sama dengan 15° (KSAS, 2005)
|
| Kawasan Sekitar Tanah Bukit, Tanah Tinggi, Gunung dan Lereng/ Cerun |
- Kawasan sekitar adalah kawasan bersebelahan dan sekitar kawasan tanah bukit, tanah tinggi, gunung dan lereng /cerun bukit yang dijangka menerima dan memberi kesan secara langsung oleh pembangunan berkenaan.
|
| Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Tanah Tinggi) |
| KSAS Tahap 1: Kawasan Berkontur > 1,000m |
- Tiada pembangunan, pertanian dan aktiviti pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan
|
| KSAS Tahap 2: Kawasan Berkontur 300m – 1,000m |
- Tiada pembangunan dan pertanian dibenarkan. Pembalakan mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah akan dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
|
| KSAS Tahap 3: Kawasan Berkontur 150m – 300m |
- Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan akan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan
|
| Kategori Kelas Kecerunan |
| Kelas I |
- Kawasan Kelas I adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15°; dan
- Cerun yang dipotong dengan kecerunan <15°
|
| Kelas II |
- Kawasan Kelas II adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan >15° hingga <25° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan kestabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif; dan
- Kawasan ancaman banjir
|
| Kelas III |
- Kawasan Kelas III adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan >25° hingga <35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan kestabilan cerun
- Terrain in-situ dengan kecerunan >15° hingga <25° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana hingga teruk dan ketidakstabilan cerun
- Terrain in-situ dengan kecerunan >15° hingga <25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari koluvium atau ahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun
- Kawasan ancaman banjir lumpur
|
| Kelas IV |
- Kawasan Kelas IV adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan >35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan kestabilan cerun
- Terrain in-situ dengan kecerunan >25° hingga <35° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun
- Terrain in-situ dengan kecerunan >15° hingga <25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun
- Kawasan ancaman banjir puing (debris flow)
- Puncak bukit atau rabung (ridges)
|
| Kawasan Berkecerunan yang Perlu Dipelihara |
- Kawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai tanah bukit di bawah peruntukan Bahagian II, (Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960) (Akta 385) (Disemak 1989)
- Kawasan yang mempunyai nilai sejarah, daya tarikan pelancongan dan kepelbagaian biologi yang tinggi
- Kawasan yang mempunyai kepentingan geologi yang telah dikenal pasti atau diwartakan sebagai kawasan kajian atau penyelidikan
- Kawasan kawasan yang mengandungi sumber-sumber mineral yang penting tetapi mempunyai kesan risiko yang tinggi
- Kawasan yang terletak di kawasan tadahan air
- Kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal termasuk kawasan hutan pengeluaran atau hutan produktif dan lindungan
- Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana
|
| Kategori Warisan Kebangsaan |
- Mana-mana kawasan yang terletak di dalam kawasan tanah berbukit, tanah tinggi,lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan, 2005
|
| Pemeliharaan Topografi |
- Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa yang boleh. Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan infrastruktur seperti jalan
- Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya
- Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal
- Mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek
|
| Kriteria Aktiviti Pembangunan Yang Boleh Dipertimbangkan |
- Merujuk kepada rancangan tempatan yang berkaitan bagi kesesuaian zon perancangan, lokasi, kegunaan tanah dan aktiviti serta intensiti pembangunan (kepadatan, ketinggian, kawasan plinth dan nisbah plot)
- Pematuhan semua syarat berkaitan oleh agensi teknikal berkaitan
|
| Kriteria Kawasan Bercerun Yang Boleh Dibangunkan |
- Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian kurang 300 meter dari aras laut dibenarkan untuk pembangunan tertakluk kepada rancangan tempatan, akta, peraturan dan garis panduan berkaitan
- Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian melebihi 300 meter hingga 1,000 meter dari aras laut dibenarkan untuk pembangunan eko-pelancongan dan rekreasi berimpak rendah tertakluk kepada rancangan tempatan, akta, peraturan, dan garis panduan berkaitan
- Cadangan pembangunan dilereng bukit termasuk cerun yang telah dikacau ganggu (disturbed slope) dan cerun yang telah dibina dengan langkah kejuruteraan (engineered slope) yang tidak termasuk di dalam kelas III dan kelas IV sedia ada
- Bagi mana-mana tapak pembangunan yang terletak bersempadan dengan Kawasan berkecerunan kelas III, IV atau cerun potongan, pelan analisa kecerunan dan laporan geoteknikal yang disediakan hendaklah mengambil kira reka bentuk cerun dan langkah-langkah mitigasi di lot bersempadan tersebut.
|
| Pembangunan Kelas Bercampur |
- Sekiranya peratusan kelas IV adalah kecil (<10%), pembangunan boleh dipertimbangkan jika tidak mendatangkan risiko dengan kerja-kerja kejuruteraan yang lebih ketat. Permukaan yang terdedah dan terbiar hasil pelaksanaan kerja tanah yang melebihi tiga (3) bulan hendaklah ditanam dengan tanaman penutup bumi
- Laporan Pemetaan Geologi / Geoteknik / Siasatan Tanah/ Peletupan Batuan hendaklah disediakan (mengikut keperluan) dan dikemukakan ke JMG untuk penilaian
|
| Lain-lain Kawalan |
- Semakin tinggi kelas dan ketinggian kesensitifannya semakin terhad pembangunan yang boleh dipertimbangkan
- Pihak pemaju perlu melantik pemeriksa bebas (independent checker) mewakili PBT untuk memeriksa reka bentuk dan memantau semasa kerja-kerja pembinaan dan setelah siap dibina bagi memastikan bangunan tersebut selamat didiami
|
| Penentuan Zon Penampan |
- Pembangunan yang boleh dipertimbangkan dalam zon penampan fizikal termasuklah jalan raya, longkang dan parit, sungai, tasik, tempat letak kenderaan, kawasan lapang dan selain daripada struktur bangunan
- Zon penampan ditentukan berdasarkan ciri-ciri geometri, cerun, geologi, kawasan tadahan, bentuk morfologi dan ancaman persekitaran, struktur tanah dan tertakluk kepada penilaian geoteknikal serta kriteria-kriteria berikut:
- Jarak zon penampan dikira dari garisan bangunan dengan kawasan bercerun bagi pembangunan di atas rabung
- Jarak zon penampan dikira dari ketinggian cerun/tanah tinggi bagi pembangunan bersempadanan dengan kaki cerun/tanah tinggi
|
| Kriteria Penentuan Jarak Zon Penampan bagi Cerun Tanah (A) |
- Zon Penampan Cerun Tanah Semula jadi melebihi 25° bagi pembangunan di kaki cerun dan di atas rabung
- Minimum sekali (1) ganda ketinggian cerun atau minimum 1H
- Zon Penampan Cerun Tanah dengan langkah kejuruteraan (cerun tanah potongan dan tambakan) bagi pembangunan di kaki cerun dan di atas rabung
- Maksimum 6 berm, 2/3 ketinggian cerun atau minimum 6m (mana yang lebih tinggi)
Nota: Nota: Nota: Cerun tanah semula jadi yang mempunyai kecerunan >25° atau ketinggian melebihi 30m perlu zon penampan minimum 1 kali ganda ketinggian cerun (1H) Nota: Cerun batuan semula jadi perlu zon penampan minimum 1H dengan langkah-langkah mitigasi tertakluk kepada pemetaan risiko geologi Nota: Engineered slope tanah maksima 6 berm (1 berm = 6m) perlu zon penampan minimum 20m Nota: Engineered slope batuan perlu zon penampan minimum 60m atau 1H, tertakluk kepada pemetaan risiko geologi Nota: Tembok penahan melebihi 6m perlu zon penampan minimum 10m atau 1H (yang mana lebih tinggi)
|
| Kriteria Penentuan Jarak Zon Penampan bagi Cerun Batuan (B) |
- Zon Penampan Cerun Batuan melebihi 70° bagi pembangunan di kaki cerun dan di atas rabung.
- Minimum sekali (1) ganda ketinggian cerun atau minimum 1H bagi pembangunan di kaki cerun
- Minimum 15.24m (50') atau sekali (1) ganda ketinggian cerun atau minimum 1H bagi pembangunan di atas rabung
- Zon Penampan Cerun Batuan melebihi 70° bagi pembangunan di kaki cerun
- Cerun batuan yang dipotong tanpa sebarang langkah kejuruteraan hendaklah tidak terletak dalam zon minimum dua (2) kali ganda ketinggian cerun atau minimum 2H
- Zon Penampan Cerun Batuan Semula jadi bagi pembangunan di kaki cerun dan di atas rabung
- Minimum sekali (1) ganda ketinggian cerun atau minimum 1H dengan langkah kejuruteraan
- Zon Penampan Cerun Batuan Buatan bagi pembangunan di kaki cerun dan di atas rabung
- Zon Penampan Minimum 15.24m / 1H
Nota: Nota: Nota: Cerun tanah semula jadi yang mempunyai kecerunan >25° atau ketinggian melebihi 30m perlu zon penampan minimum , 1 kali ganda ketinggian cerun (1H) Nota: Cerun batuan semula jadi perlu zon penampan minimum 1H dengan langkah-langkah mitigasi tertakluk kepada pemetaan risiko geologi Nota: Engineered slope tanah maksima 6 berm (1 berm = 6m) perlu zon penampan minimum 20m Nota: Engineered slope batuan perlu zon penampan minimum 60m atau 1H, tertakluk kepada pemetaan risiko geologi Nota: Tembok penahan melebihi 6m perlu zon penampan minimum 10m atau 1H (yang mana lebih tinggi)
|
| Pembangunan Di Atas Puncak Bukit |
- Pembangunan hanya sesuai untuk aktiviti eko pelancongan dan rekreasi yang tidak melibatkan kerja tanah berkaitan
- Pembangunan di bahagian puncak bukit akan menganggu keseimbangan ekologi, kesensitifan alam sekitar dan memberi impak kepada pembangunan di kawasan bawah dan sekitarnya
- Contoh Puncak Bukit Yang Dikekalkan Tanpa Sebarang Pembangunan
- Contoh Pembangunan di Puncak Bukit yang Tidak Dibenarkan
|
| GARIS PANDUAN KHUSUS |
| Kawalan Perancangan Mengikut Kelas dan Ketinggian |
| Kelas I |
| Kelas I |
- Pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15°; dan
- Cerun yang dipotong dengan kecerunan <15°
- Pembatasan geoteknikal dan penyelarasan keperluan teknikal seperti geomorfologi, saliran dan pengairan dan lain lain
|
| Tanah Rendah (<150m) / Tanah Bukit (150m – 300m) |
- Boleh dipertimbangkan untuk semua jenis pembangunan tertakhluk kepada Rancangan Tempatan/ Rancangan Pemajuan
|
| Tanah Tinggi (300m – 1,000m) |
- Boleh dipertimbangkan untuk pembangunan eko-pelancaongan berimpak rendah dan rekreasi
- Kemudahan masyarakat berimpak rendah boleh dipertimbangkan keupayaan tampungan kawasan.
|
| Pelancongan - Chalet (Single) |
- Plinth: 25%
- Nisbah Plot: 1 : 0.5
|
| Tapak Perkhemahan |
|
| Gunung (>1,000m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan terowong, telekomunikasi elektrik berkepentingan nasional yang beintensiti rendah
|
| Kelas II |
| Kelas II |
- Pembatasan geoteknikal yang sederhana seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan ketiadaan tanda tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif; dan
- Kawasan ancaman banjir
- Pembatasan geoteknikal dan penyelarasan keperluan teknikal seperti geomorfologi, saliran dan pengairan dan lain lain.
|
| Tanah Rendah (<150m) / Tanah Bukit (150m – 300m) |
- Pembangunan yang dipertimbangkan:
- Kemudahan masyarakat berimpak rendah boleh dipertimbangkan keupayaan tampungan kawasan.
|
| Perumahan berkepadatan tinggi |
- Kepadatan: 40 – 80 unit/ ekar
|
| Perniagaan Deret |
- Plinth: 100%
- Nisbah Plot: 1 : 2
- Bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
|
| Pejabat (Free Standing) |
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah plot: 1 : 5
- Bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
|
| Pelancongan (Hotel) |
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah plot: 1 : 5
|
| Pelancongan (Chalet) |
- Plinth: 25%
- Nisbah plot: 1 : 05
|
| Institusi Latihan |
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah plot: 1 : 05
|
| Tanah Tinggi (300m – 1,000m) |
- Boleh dipertimbangkan untuk pembangunan eko-pelancaongan berimpak rendah dan rekreasi
- Kemudahan masyarakat berimpak rendah boleh dipertimbangkan keupayaan tampungan kawasan.
|
| Pelancongan - Chalet (Single) |
- Plinth: 25%
- Nisbah plot: 1 : 0.5
|
| Tapak Perkhemahan |
|
| Gunung (>1,000m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan terowong, telekomunikasi elektrik berkepentingan nasional yang beintensiti rendah
|
| Kelas III |
| Kelas III |
- Pembatasan geoteknikal yang tinggi seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥25° hingga <35° dengan ketiadaan tanda tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan tanda-tanda hakisan sederhana hingga teruk dan ketidakstabilan cerun; dan
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif
|
| Perumahan berkepadatan sederhana |
- Pembangunan yang dipertimbangkan:
- Kepadatan: 7 – 39 unit/ ekar
|
| Perniagaan Deret |
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah Plot: 1 : 5
- Bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
|
| Institusi Latihan |
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah Plot: 1 : 05
|
| Pejabat (Free Standing) |
Tanah Rendah (<150m)
- Plinth: 100%
- Nisbah Plot: 1 : 2
- Bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
Tanah Bukit (150m – 300m)
- Plinth: 100%
- Nisbah Plot: 1 : 5
- Bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
|
| Pelancongan (Hotel) |
Tanah Rendah (<150m)
- Plinth: 25%
- Nisbah Plot: 1 : 2
Tanah Bukit (150m – 300m)
- Plinth: 25% - 50%
- Nisbah Plot: 1 : 5
|
| Pelancongan (Chalet) |
Tanah Rendah (<150m)
- Plinth: 25%
- Nisbah Plot: 1 : 05
Tanah Bukit (150m – 300m)
- Plinth: 25%
- Nisbah Plot: 1 : 05
|
| Tanah Rendah (<150m) / Tanah Bukit (150m – 300m) |
- Kemudahan masyarakat bergantung kepada keperluan dan tadahan penduduk
|
| Tanah Tinggi (300m – 1,000m) |
- Boleh dipertimbangkan untuk rekreasi berimpak rendah yang tidak melibatkan mendiri struktur pembinaan. Contohnya boleh dipertimbangkan bagi tapak perkhemahan dan lain-lain aktiviti pemeliharaan
|
| Gunung (>1,000m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah
|
| Kelas IV |
| Kelas IV |
- Pembatasan geoteknikal yang ekstrem seperti berikut:
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan kecerunan ≥25° hingga <35° dengan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terrain in-situ dengan
- kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitive dengan tanda-tanda ketidakstabilan cerun;
- Kawasan ancaman banjir puing (debris flow);
- Puncak bukit / rabung (ridges)
|
| Tanah Rendah (<150m) / Tanah Bukit (150m – 300m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah.
|
| Tanah Tinggi (300m – 1,000m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah.
|
| Gunung (>1,000m) |
- Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah.
|
| Syarat – Syarat (Terpakai bagi kawalan perancangan mengikut Kelas I, II, III dan IV serta kategori tanah rendah, tanah bukit, tanah tinggi dan tanah gunung. |
- Dokumen yang perlu dirujuk:
- Akta 172, kaedah-kaedah, RFN, RS, RT, RKK, garis panduan dan piawaian perancangan, kawalan perancangan;
- Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,1984;
- Garis Panduan Kawalan Hakisan dan Kelodakan, 1996 (JAS);
- Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun, 2000 (Jabatan Pertanian Malaysia);
- Bab 47 dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia 2000 (JPS);
- Garis Panduan Zon Bahaya bagi Bukit Batu Kapur, 2003 (JMG);
- Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi 2005 (KSAS), (JPBD);
- Guideline on Slope Maintenance In Malaysia, JKR August 2006.
- Manual Pemetaan Geologi Terain, 2006 (JMG); dan
- Slope Design Guideline, 2009 (JKR)
- Laporan-laporan teknikal yang perlu disertakan:
- Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis Kestabilan Cerun disediakan oleh jurutera geoteknik (soil structure);
- Laporan Pemetaan Geologi dan Geo morfologi disediakan oleh ahli Geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi;
- Laporan Saliran dan Pengairan mengikut Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Hidrologi);
- Laporan EIA disediakan oleh perunding EIA yang berdaftar dengan JAS bagi pembangunan melebihi 50 hektar; dan
- Pelan Kerja Tanah disediakan oleh Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
- Bagi Kelas I dan Kelas II, hanya projek pembangunan yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu disediakan Laporan EIA. Bagi Kelas III, Laporan EIA perlu disediakan untuk semua projek pembangunan. Manakala Kelas IV, Laporan EIA terperinci perlu disediakan untuk semua projek pembangunan
|